oh ya, aku lupa untuk mengucapkan selamat tahun baru atau dalam bahasa ingerisnya happy new year. masih belum terlambat lagi rasanya.
bos kata "you nak pergi mekah tak? lawat customer kat sana. nanti i check flight"
"mekah kat area mana?"
"dubai" katanya.
"itu UAE laaaa"
"sama saja. semua ada padang pasir mah"
dan aku buat list what to do dekat sana:
a) ambik sample pasir, padang pasir.
b) ambik pelepah kurma
c) amek sampel udara masuk dalam botol dengan label "udara yang diambil dari puncak jumeirah burj al arab.
d) amek gambar rumah beckham dekat the palm jumeirah
e) amek gambar dengan awek dubai
f) mandi dekat oasis
g) tengok lumba unta
h) pergi tengok tarian gelek
dan semalam, aku menerima email dari bos kepada customer "i'm coming with my son"
sampai hati bos mempermainkan perasaan aku.
huk!
Ontah Apo Namo Ontah
tiada yang paling indah dan nikmat dalam hidup bila engkau sedang tidur dan membuang air besar. pernah soalan ini ditanya kepada seorang kawan yang alim lantas katanya "perkara yang nikmat dalam hidup adalah apabila aku kusyuk dalam solat" lantas penulis terus terduduk tahiyat akhir dan termenung.
Friday, January 22, 2010
Selamat Tahun Baru
Monday, December 28, 2009
Makcik dan Awang Hitam Itu.
di damansara. tak berapa dulu.
ada secouple, tengah order makan. depan meja aku. speaking omputih. memang patutlah kena speaking. awang hitam dan seorang berpangkat makcik-makcik dan semestinyalah rakyat malayia. perempuan malaysiakan suka awang hitam, romantik giler, tough dan sebahagiannya kemungkinan besar pengaruh dari video lucah. agaknyalah.
berdesing-desing englishnya. aku memang tak paham lah. pasal aku sekolah sampai darjah 3 sahaja. memang berbelit lidah dan terputus urat merih kalau aku nak ulang balik apa yang dorang borakkan.
memang romantiklah makcik tu, terliuk-liuk. mengusap-usap belakang mamat itu dengan manja. sambil terkadang-kadang tangannya pun terlepas mengurut-ngurut peha mamat itu juga. mamat tu rileks sambil menyanyi lagu akon "put the blame on me".
makin galak mamat tu nyanyi lagi tak tentu arah makcik tu mengusap. appara. kalau takda customer dalam kedai tu, aku rasa makcik tu dah start bukak baju dah.
sekonyong-konyong kemudian, makanan yang diorder pun sampai.
"apo kocik bonar ayam kek sini, ayam kampong ko?" sekali makcik tu tersasul cakap bahasa melayu.
aku terus belah.
Tuesday, December 22, 2009
Cilok Entry Dari Org Kampung
nota kepala: aku menangis bila baca entry dari minah yang beranak 3 ini. baca sebaris menangis, baca sebaris menangis, bila mau habis daaaa...baru semalam aku habis baca...bak kata orang tempat aku, hibo hati den bila membacokan article nih.
PERMULAAN...
AKU kenal mamat nih bila ek? Oooo masa aku tengok konsert kat Shah Alam, bukan konsert AF ye, tapi konsert lain hehe.(ooooo yang konsert ada inul tu ek? kantoi aku tengok konsert dangdut. goyang buntut deh, ewah, ewah) Dia datang ngan Lara...bodyguard lara kisahnya errrrr bodyguard ke? Hahahaha....sapa nak naik stage menjawab? ;p
Mamat nih tak hensem langsung, kalau aku tak kenal dia sure aku ingat dia dah ada anak dua hahaha dah la tu, kulit hitam legam, takde la tinggi mana pun, memang langsungla takde lam ciri-ciri kategori jejaka idaman Malaya ;D (sungguh kurang hajar cara penulisanmu ini, kalau benar pun at least kasik ler positif point macam gigi putih bersih ker, kuku dipotong pendek ker, kulit halus mulus ke, rambut tersisir rapi ke - sekadar beberapa contoh)
Orang kata tak kenal maka tak chenta...bila dah lama kenal then baru la aku tahu, mamat nih sangat la spesel....masa memula jumpa pun mamat nih memang peramah, dia akan buat kita rasa senang nak borak dan tak segan...charming la cenggitu, dia sangat easy going, tak ambik hati (main hati by andra n the back bone tu lagu aku tau, jangan ambik hehehe) so korang buleh jek nak gurau apa saja ngan dia nih, memang jenis tak pandai nak marah punya orang la (tak tahu la plak kalau ngan orang lain dia cam gangster along ke kan huhu). Aku ingat masa aku panjat gunung kinabalu, dialah yang sangat setia temankan kitorang insan yang lemah ini huhuhu (takde maknanya lemah, kalau lemah tak merasa kat puncak kinabalu katanya hahaha), walaupun dia dah conquer puncak kinabalu tahun sebelumnya tapi disebabkan mek-mek nih teringin plak nak menakluk puncak, dia dengan senang hati, takyah pun nak paksa ke tanya sepuluh kali ke....tak payah ye....dengan senang hati jek dia rela untuk temankan kita. Rela melayan kerenah sorang-sorang minah yang demanding dan meragam tak kira tempat hatta kat laban rata sekalipun hahahaha dan aku ingat lagi masa bersama-sama berakit disungai padas yang ganas giler, waktu aku dah tertelan air sungai yang kotor tu, waktu aku hampir lemas....ada tangan yang segera membantu, kalau tak dah mungkin aku tercampak keluar dari rakit...(haaaaaaaa....baru tau,talk banyak-banyak pun tak berapa gunalah, aku ibarat buah manggis tau, putih bersih di dalam. huh!)
Cakap je kat mana nak lepak...dari jauh dia akan datang, bagitau jek bila nak ke kotak merah....dengan segera dia akan datang, walaupun kitorang tak penah pikir betapa jauhnya dia nak datang dari beranang tu, tapi kita tak penah tanya dia pun, yang kita tahu..dia mesti ada dan tak menghampakan..tak kira la masa tu harga minyak naik melangit ke harga tol naik ke...dia tetap ada kalau dia kata dia ada, memang tak penah menghampakan dan tak reti nak cakap tidak pada kitorang...(errrrr...boleh claim mileage dengan tol tak ni?)
Tapi mulai esok, cemana nak ajak naik gunung lagi eh?, buleh ke ajak berakit lagi? Kotak merah? Lepak-lepak kedai mamak sambil makan roti tisu? (setakat makan-makan, main snooker pun dah boleh dapat green light tau, tapi masa dia gi outstesenlah, macam hari tuuuu tu...)
Esok adalah hari bahagia mamat nih, hari dimana dia akan memulakan satu tugas baru dalam kehidupan, hari dimana status dia akan bertukar, hari dimana rupawannya akan dimusnahkan (wehhh betul la kan rupawan? Ke apa ek aku lupa dah aritu hahaha) hari di mana dia pun taknak kalah akan mengganas gak hahaha...ye ler kalau dah nak naik dua gunung dan merentas hutan belukar, tak ganas namanya tuh (aku gelak golek-golek nih hahahaha...errrr pertanyaan...keris dah siap asah ke? Hahahaha...tolong aku dah sakit pewot sebab gelak nih hahaha)(woiiii! woiiii!!! kaver-kaver sikit, ada budak-budak bawah umo baca blog ni tau)
Vaart, walaupun kitorang sangat gembira (a'ah gembiralah sangat), at the same time kitorang rasa sangat berat nak lepaskan keeratan ini, lepas nih sure kitorang kena behave kan, takleh ler buli ko sesuka hati lagi hehehe walaupun begitu vaart, aku dan yang lain tetap doakan agar ko bahagia berpanjangan, dimurahkan lagi rezeki dan kekal bersama selamanya....(doa-doakan kami dapat anak yang hensem macam aku dan putih macam yaty)
SELAMAT PENGANTIN BARU VAART...SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA (pengantin lama dah)
p.s – kitorang akan datang nanti sebagai rombongan paling vogue gitu, baju 6 tingkat katanya bling-bling takmo kalah, habis ler yaty muahahaha (laaaaaaaa...entry ni dah lama lah ek? aku baru jek baca, KELMARIN)
nota kaki: terima kasihla, kepada yang menghadirkan diri pada hari kejadian, dan hadiah-hadiah yang diberi itu, terima kasih banyak. untuk anniversary tahun depan aku akan menunggu hadiah-hadiah yang lain pula, jangan lupa yok!
thank you ogy.
Monday, December 21, 2009
Surat Terbuka Kepada Enchik 10 Tin Sardin
ke hadapan en. 10 tin sardin,
merujuk kepada artikel kepenggunaan 20% rebet yang dianjurkan oleh pihak touch n go pada 16hb December yang lepas.
2) barang harus diingat, tol skudai (mengambil kira hang tak ikut link kedua), ke arah alor gajah, baru dua transaksi (hang balik kampung), dan keluar alor gajah ke pd, satu transaksi (mengambil kira hang tak follow jalan lama dari alor gajah ke pd). pastu pd ikut pulak highway yang tak ramai orang lalu tapi ratenya manjang jer naik. pastu, lepas balik dari tengok bapok-bapok kat pd, hang akan trus balik ke singapore.
3) itu baru, paling lebih pun 5-6 transaksi. maka hang kena keluaq pi kempas ikut tol (yang kena bayaq 1.10 ka 1.20 aku pun dah lupa) tu, beli ramli berger paling koman sehari dua kali dan 15 kali lagi pi beli ubat gigi kat senai (ikut tol senai) untuk mencukupkan 80 transaksi sebulan.
4) tak cukup 80 sebulan bang, tak dapat rebet der bang. macam aku kena october lepas. hampeh.
5) oleh yang demikian diharapkan penjelasan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perkara yang tersebut diatas.
Sekian, terima kasih.
"Perut diutamakan, tembolok di dahulukan"
nota kaki: ada lagi ke round about yang tunjuk los angeles berapa kilometer lagi tu?
Thursday, December 17, 2009
Prediction
final bola sukan sea. kurang dari 30 minit dari sekarang.
harapan aku. rentak permainan second half pada hari ini, adalah sama dengan rentak permainan first half semasa separuh akhir lepas.
first half cuba untuk menyerap asakan bertali arus vietnam sambil melancarkan serangan-serangan kilat.
kalau tak diberi harapan, malaysia boleh menang 2-1. kalau diberi harapan dan dalam kepala dah terbayang ganjaran-ganjaran yang akan dia dapat lepas sukan sea ni, dorang akan kalah juga 2-1.
yang pasti malaysia kalah ke menang ke budak vietnam kat bahagian production tetap kena pukul. haha.
aku nak tengok game ni dengan hati yang terbuka sambil mencarut-carut sedikit.
Makan
arni nazira pernah berkata "abang awie tak cerewet, telur mata kerbau dengan kicap pun dia balun"
iyo ko?
aku?
Wednesday, December 16, 2009
Rebet
internet down hampir sehari setengah. hampir tak keharuan.
selain dari web eurosport, web touch n go adalah laman web wajib singgah hari-hari. nak tengok update list kegunaan touch n go. maklumlah bila dah dapat 20% rebet neh. nak jugak check kalau-kalau ada transaction yang termiss oleh Plus. boleh buat komplen.
8 hari bekerja sahaja dah melayakkan dapat rebet. bayangkan kalau 26 hari bekerja. mahu kayo pakcik. boleh beli tv lcd 32" macam ni.