Friday, December 03, 2010

Saya Sepasang Kasut (Karangan Contoh Bergred A1 untuk kertas Bahasa Malaysia 1 - Untuk Peperiksaan Tahun 2010)

saya adalah sepasang kasut. tak tahu apa itu kasut? kau pergi isi air sabun dalam baldi penuh-penuh, lepas tu kau rendam kepala kau dalam baldi tu sambil bernafas dalam sepuluh minit.

kanak-kanak taska oren subang bestari pun tahu lah.

saya tak pasti bila saya dilahirkan, kerana sedar-sedar saya sudah berada dekat kedai hardware dekat nilai dan sudah besar pula. oh ya, nama saya adalah black hammer dan saya tidak tahu siapa ibu bapa saya

satu hari tu lebih kurang 2 tahun yang lepas, saya lihat ada satu mamat datang sambil melihat-lihat ke arah kami adik beradik dalam kabinet berkaca. maklumlah, design terbaru dan sporty pula, mesti diletakkan ditempat yang agak spesial. ramai adik beradik saya menjerit "pick me! pick me! hensem boy" tapi saya buat-buat jual mahal. hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. macam gro juga, lagi buat jual mahal lagi geram customer tu dengan kita. ye ke? saya tak tahu sebab saya tak pernah pergi kelab malam.

memang cinta pandang pertama itu sukar dilupakan, maka dengan sekali lafaz saya sah menjadi milik mamat tadi. adik beradik saya mencemuh saya dengan caci maki yang tidak patut diucapkan oleh sepasang kasut. maka bermulanya hari itu, saya mulalah memberikan perkhidmatan dengan setulus hati dan tidak menharapkan apa-apa balasan dari mamat tadi. cukuplah dia menyayangi saya dengan hati yang ikhlas. cute sangat!

tak kira, ke opis, ke site, jumpa kawan-kawan,pergi main lucky ball, pergi kenduri kawen kawan-kawan dia,pergi karoake, dia tetap saya temani. malahan ada satu peristiwa itu saya sanggup membiarkan diri saya dilukai dengan ditembusi paku yang tajam bagi mengelakkan kakinya terkena paku yang berkarat itu dan terkena kancing gigi. walaupun sakit macam sial, namun saya tetap tersenyum puas.

dua tahun saya rasakan macam 2 bulan. saya mula dimamah usia, kulit saya tak sebergetah dulu, servis pun tak setop dulu. bila ada becak sikit, air mula lah masuk dalam badan saya, pakaian seksi saya yang satu ketika dulu sangat menggiurkan sudah lagi tidak 'stim' baginya. saya tak mampu berbuat apa-apa. huk! huk! huk! *kesat air mata*.

biasalah jantan, walaupun boleh dipakai juga, namun dia sudah mula berkira-kira untuk memadukan saya. bagaimana saya tau? dia sudah mula pakai selipar yang dia beli dekat giant tu dan meninggalkan saya buat seketika. selipar sial! sudahlah murah! sundal pula! saya di biarkan berkurung dalam kereta. saya tak mahu dikurung! saya mahu keluar! saya mahu bebas!

semalam adalah klimaks nya. mamat tadi mencuba-cuba kasut baru di kedai hardware di beranang. saya memerhatikan dari jauh sambil memikirkan apa yang bakal terjadi kepada saya kelak? adakah akan dicampak seperti botol-botol air yang sudah diminum mamat tadi keluar tingkap semasa berada di highway? ataupun puntung rokok yang dijentik ke longkang setelah dihisap hingga ke puntungnya?

sial! saya tak kesah kalau dia ingin memadukan saya dengan jenama yang lain. tapi kenapa mesti dia memilih adik bongsu saya yang entah berapa generasi selepas saya? hendak mengadu pada ibu bapa entah siapa ibu bapa saya. jadi, saya mengadulah pada kasut futsal yang berada bersama-sama saya. saya ceritakan kesamaran hidup saya di hujung terowong. si kasut futsal pun cuba sedaya upaya, untuk menggembirakan saya walaupun dia tahu hayatnya juga tak berapa nak lama dah tu.

mamat itu saya lihat tersenyum lebar, dan puas barangkali mendapat kasut yang virgin. dia saya lihat tersenyum sambil sesekali matanya melirik pada kasut yang baru itu. sesampai di traffic light susur keluar ke kajang, dia mula mengeluarkan madu saya yang baru. muka nya bertukar menjadi kelat.

WARGH! WARGH! WARGH! madu saya itu adalah dua-dua kaki kiri. saya bertempik kegembiraan. bangang! sapa suruh tak check dulu sebelum belah dari kedai tu. walaupun saya pasti nasib saya tak pasti pada esok hari, namun saya akan menikmati peristiwa ini dengan hati yang gembira.

dan saya ketawa sepanjang perjalanan dari kajang ke U5. mimpi saya akan indah malam ini walaupun hanya untuk 6 jam.

2 comments:

mak hayams said...

iteww ler paseii... dok nengok yg bergetahh saangatla kans.. sampai dedua belah kiri katanya.. ahaks..

Anonymous said...

awat bengap sangat mamat tu? dia tak tau ke kalau kita beli kasut .. kita kena try dua2 belah dulu. catwalk barang 10 15 min dgn kasut baru la decide tuk beli. cuba kalau dia bijak .. menerai dulu seperti di atas .. nescaya peristiwa keji dan memalukan terbeli dua2 belah kasut kiri tidak akan berlaku.


-lara yg ada 27 pasang kasut tumit tinggi brand international-