Tuesday, December 15, 2009

TV

yea, malaysia menang malam tadi. pasal rumah aku takder tv, maka aku pergi kedai makan. aku ulang, rumah aku takder tv. (lcd 32" pun sudah alhamdulillah dah).

selalunya kedai mamak bukak bola. tapi haram jadah, mamak dekat U5 bukak wrestling. cerita tipu pun ramai mahu tengok. maka akhirnya aku tersadai dekat kedai tomyam. kalau owner dia tahu aku penyokong negeri sembilan, mesti dia refuse untuk bagi aku masuk kedai dia.

permainan ok. terutama first half. dah lama aku tak berdebar tengok tv semenjak cerita basic instinct, lama dulu.

malaysia kalau diberi harapan tinggi, dia akan flop, tapi kalau tiba-tiba entah macam mana nak kata, dia akan menang. so untuk itu, game semalam aku predict 3-1 sama macam aku predict game negeri lawan kelantan itu hari.

rugi pulak tak bet. kalau bet, kurang-kurang dapat lah jugak rokok sekotak dua.

habis game, aku bangun dan pergi bayar air neskepe aku itu. tinggal aku dan pekerja kedai tomyam itu saja yang masih ada. semua orang kat tempat ni tak minat tengok bola atau pun aku sorang saja yang takda tv kat rumah di area subang ni?

No comments: