Tuesday, December 22, 2009

Cilok Entry Dari Org Kampung

nota kepala: aku menangis bila baca entry dari minah yang beranak 3 ini. baca sebaris menangis, baca sebaris menangis, bila mau habis daaaa...baru semalam aku habis baca...bak kata orang tempat aku, hibo hati den bila membacokan article nih.

PERMULAAN...

AKU kenal mamat nih bila ek? Oooo masa aku tengok konsert kat Shah Alam, bukan konsert AF ye, tapi konsert lain hehe.(ooooo yang konsert ada inul tu ek? kantoi aku tengok konsert dangdut. goyang buntut deh, ewah, ewah) Dia datang ngan Lara...bodyguard lara kisahnya errrrr bodyguard ke? Hahahaha....sapa nak naik stage menjawab? ;p

Mamat nih tak hensem langsung, kalau aku tak kenal dia sure aku ingat dia dah ada anak dua hahaha dah la tu, kulit hitam legam, takde la tinggi mana pun, memang langsungla takde lam ciri-ciri kategori jejaka idaman Malaya ;D (sungguh kurang hajar cara penulisanmu ini, kalau benar pun at least kasik ler positif point macam gigi putih bersih ker, kuku dipotong pendek ker, kulit halus mulus ke, rambut tersisir rapi ke - sekadar beberapa contoh)

Orang kata tak kenal maka tak chenta...bila dah lama kenal then baru la aku tahu, mamat nih sangat la spesel....masa memula jumpa pun mamat nih memang peramah, dia akan buat kita rasa senang nak borak dan tak segan...charming la cenggitu, dia sangat easy going, tak ambik hati (main hati by andra n the back bone tu lagu aku tau, jangan ambik hehehe) so korang buleh jek nak gurau apa saja ngan dia nih, memang jenis tak pandai nak marah punya orang la (tak tahu la plak kalau ngan orang lain dia cam gangster along ke kan huhu). Aku ingat masa aku panjat gunung kinabalu, dialah yang sangat setia temankan kitorang insan yang lemah ini huhuhu (takde maknanya lemah, kalau lemah tak merasa kat puncak kinabalu katanya hahaha), walaupun dia dah conquer puncak kinabalu tahun sebelumnya tapi disebabkan mek-mek nih teringin plak nak menakluk puncak, dia dengan senang hati, takyah pun nak paksa ke tanya sepuluh kali ke....tak payah ye....dengan senang hati jek dia rela untuk temankan kita. Rela melayan kerenah sorang-sorang minah yang demanding dan meragam tak kira tempat hatta kat laban rata sekalipun hahahaha dan aku ingat lagi masa bersama-sama berakit disungai padas yang ganas giler, waktu aku dah tertelan air sungai yang kotor tu, waktu aku hampir lemas....ada tangan yang segera membantu, kalau tak dah mungkin aku tercampak keluar dari rakit...(haaaaaaaa....baru tau,talk banyak-banyak pun tak berapa gunalah, aku ibarat buah manggis tau, putih bersih di dalam. huh!)

Cakap je kat mana nak lepak...dari jauh dia akan datang, bagitau jek bila nak ke kotak merah....dengan segera dia akan datang, walaupun kitorang tak penah pikir betapa jauhnya dia nak datang dari beranang tu, tapi kita tak penah tanya dia pun, yang kita tahu..dia mesti ada dan tak menghampakan..tak kira la masa tu harga minyak naik melangit ke harga tol naik ke...dia tetap ada kalau dia kata dia ada, memang tak penah menghampakan dan tak reti nak cakap tidak pada kitorang...(errrrr...boleh claim mileage dengan tol tak ni?)

Tapi mulai esok, cemana nak ajak naik gunung lagi eh?, buleh ke ajak berakit lagi? Kotak merah? Lepak-lepak kedai mamak sambil makan roti tisu? (setakat makan-makan, main snooker pun dah boleh dapat green light tau, tapi masa dia gi outstesenlah, macam hari tuuuu tu...)

Esok adalah hari bahagia mamat nih, hari dimana dia akan memulakan satu tugas baru dalam kehidupan, hari dimana status dia akan bertukar, hari dimana rupawannya akan dimusnahkan (wehhh betul la kan rupawan? Ke apa ek aku lupa dah aritu hahaha) hari di mana dia pun taknak kalah akan mengganas gak hahaha...ye ler kalau dah nak naik dua gunung dan merentas hutan belukar, tak ganas namanya tuh (aku gelak golek-golek nih hahahaha...errrr pertanyaan...keris dah siap asah ke? Hahahaha...tolong aku dah sakit pewot sebab gelak nih hahaha)(woiiii! woiiii!!! kaver-kaver sikit, ada budak-budak bawah umo baca blog ni tau)

Vaart, walaupun kitorang sangat gembira (a'ah gembiralah sangat), at the same time kitorang rasa sangat berat nak lepaskan keeratan ini, lepas nih sure kitorang kena behave kan, takleh ler buli ko sesuka hati lagi hehehe walaupun begitu vaart, aku dan yang lain tetap doakan agar ko bahagia berpanjangan, dimurahkan lagi rezeki dan kekal bersama selamanya....(doa-doakan kami dapat anak yang hensem macam aku dan putih macam yaty)

SELAMAT PENGANTIN BARU VAART...SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA (pengantin lama dah)

p.s – kitorang akan datang nanti sebagai rombongan paling vogue gitu, baju 6 tingkat katanya bling-bling takmo kalah, habis ler yaty muahahaha (laaaaaaaa...entry ni dah lama lah ek? aku baru jek baca, KELMARIN)

nota kaki: terima kasihla, kepada yang menghadirkan diri pada hari kejadian, dan hadiah-hadiah yang diberi itu, terima kasih banyak. untuk anniversary tahun depan aku akan menunggu hadiah-hadiah yang lain pula, jangan lupa yok!

thank you ogy.

3 comments:

orgkampung said...

vaart.....tak sangka ko nanges baca post aku nih vaart hahaha...tak sangka ko cilok dan sanggup mengomen dalam blog ko ini vaart hahaha...terharu mek..errr tapi idok lerrr nak nanges hahaha

ko nih kan, penat tau aku post betul2 sehari sebelum ko jadik raja sehari...ko baru nak baca? nih dah hari ke berapa ratus dah weiiii hahaha....tapi bestkan...pandaikan aku hehehe

p.s - malam ini di rasta...ada berani? ;p

e20c said...

Oh vaart. ko baru naik pelamin ek? ku ucapkan selamat pengantin baru dan selamat melayari kehidupan baru dan selamat dikurniakan cahayamata yg comey2 dan selamat berkekalan dunia akhirat.

walopon ucapan nie dah telambat beratus-ratus hari, tapi seri pengantin tu masih tetap ader lagi...ehehe. =)

vaart said...

hahaha ogy.

10tinsardin,
baru jek. inai dijari pun tak hilang lagi nih. jemputlah datang rumah. rasanya lauk kenduri itu hari ada lagi tu.