Thursday, August 20, 2009

Yang Kurik Itu Kodi

Induk (adik kepada ayahku) baru beli kamera baru. Excited. Aku juga. Bagi merasmikan kamera baru itu induk meminta aku berposing. Takkan mahu berposing didepan pohon buluh! Gila melayu!

Aku pilih sebuah motorsikal c70 milik jiranku. Sambil memakai baju aku anak Malaysia dan berkaca mata hitam berbingkai pink kepunyaan induk, aku berposing secool mungkin sambil menyeringai dengan menyandarkan lenganku ke seat motor terbabit.

Pada hari gambar itu siap aku mula mengakui yang aku ini dilahirkan untuk kelihatan tidak fotogenic dan nampak sangatlah kodi di dalam gambar. Dan setelah dikutuk bertahun-tahun oleh adik-adikku, tiba-tiba gambar itu lenyap dan sehingga kini tidak dapat dikesan lagi.

Sekali sekala, aku tengok juga gambar itu yang aku selitkan celah buku ekonomi yang terselit dalam rak buku paling belakang sambil memikirkan, apa yang aku pikirkan bila aku menyanggupi untuk di ambil gambar itu.

Mungkin tiga puluh atau 40 tahun akan datang, nilai estetika gambar ini lebih dari yang dihasilkan oleh van gogh?

Sigh.

4 comments:

Anonymous said...

aku nak tengok gambar tuuuu!!! nak tengok gaakkkk!!



lara

e20c said...

Ehehehe...mana gambar itew!!??

mak hayams said...

patutnya sharing is caring ma..

vaart said...

sudahla kowang. cemburu sebab aku kacak kan?

wargh! wargh! wargh!