dulu semasa kecil kami sekeluarga duduk menyewa di satu kawasan di parlimen rembau. bahagian mana parlimen rembau tu, tak dapatlah saya bagitau. ada 4 baris rumah yang mana setiap baris itu terbahagi kepada 3 buah rumah setiap satu. kami duduk di situ sejak saya tadika sehingga darjah empat.
tuan rumah pun duduk di situ juga. rumah dia berlokasi di depan rumah saya sahaja.
semua rumah-rumahnya diperbuat dari kayu. atapnya pula zink biasa. panas bukan main kalau duduk dalam rumah kalau hari itu panas terik. tapi apakan daya, panas panas juga, terpaksa juga duduk dalam rumah sambil baca buku sehingga menanti jam 6 petang baru buleh keluar bermain.
kadang-kadang jika makcik-makcik tu bertempik marahkan anak dorang, kami adik beradik buleh dengar. kadang-kadang kami akan ketawa mengekek ketawakan anak-anak mereka yang kena marah itu waktu kami berkumpul main guli ataupun permaianan lain waktu jam 6 petang.
tapi selalunya saya syak, mereka lah yang selalu dengar kami melolong kena getah paip atau tali pinggang kena libas dengan mak. saya salahkan adik saya, pasal dia sikit-sikit meraung bila kena terajang dengan saya. last-last mak saya tambah sikit untuk kasi adil dua-dua meraung dengan melibas tali pinggang kerana dia nak masak nasik pun tak senang pasal kejap-kejap adik saya pergi mengadu pada dia sambil menangis teresak-esak.
lupakan kisah saya meraung.
nak mengumpat sikit. anak tuan rumah punyalah jahat! menyampah saya. selalu report dekat mak saya apa yang saya buat dekat sekolah pagi tadi. sampai saya mengecek sikit burger dekat kawan saya pun berlari-lari dia report kat mak saya sebaik pulang dari sekolah.
nasib baik mak saya jenis relaks jer walaupun dia selalu ligan saya dengan getah paip pasal saya tanya dia pasal cerita solid gold ataupun kantoi baca buku cerita enid blyton yang diselitkan pada buku matematik sewaktu baring atas kusyen sewaktu "study time". kadang-kadang dia paksa kami adik beradik baca sifir satu sampai sifir 12 seribu kali pasal kes bertumbuk dengan adik. membaca sifir adalah hukuman paling torture sekali. kerana sampai sekarang saya masih lagi hafal sifir satu hingga 12 itu. heh.
sebelah rumah kami ada keluarga dari melaka. anak dia pun nakal. suka mencarut saja kerja dia. saya pernah ternampak satu hari ayah dia bergurau cucuk buntut mak dia ketika mak dia memasak. menjeritlah mak cik tu. lepas tu dua-dua pandang saya dan saya terus buat-buat tak nampak perbuatan mereka sebentar tadi. tapi sebelum keluarga tu berpindah masuk, ada keluarga lain yang ada anak dara yang sudah masuk sekolah menengah. tak sempat saya nak cucuk jarum pada anak mereka, mereka pula berpindah.
kami duduk "corner lot". sebelah kiri rumah kami ada barisan lain. seingat saya keluarga dari perak duduk di situ. isterinya rambut afro kembang, lakinya pula askar. anak dia ada seorang masa mereka mula-mula pindah.
pun ada satu keluarga yang anaknya sebaya dengan saya. ah, tak ingat pula namanya. itula sapa suruh kasi saya duit raya 15 sen dulu. kan saya dah tak ingat nama dia lagi.
keluarga-keluarga yang lain yang menetap di situ tak berapa ingat lah pula.
setiap rumah ada bilik air sendiri untuk mandi. tapi untuk membuang hajat besar kena pergi toilet yang disediakan di luar rumah. ada 2 tandas yang disediakan untuk kegunaan 12 buah rumah.
dulu ada pokok buluh tepi rumah yang mana mak dan rakan-rakan mesyuarat tingkap dia selalu amik rebung untuk di buat gulai. pokok buluh juga terdapat di jalan masuk yang sudah macam menjadi pintu gerbang masuk ke kawasan rumah kami itu.
pernah sekali heboh mengenai hantu kum-kum yang melanda negara satu ketika itu yang mana kanak-kanak comel seperti kami amat takut ketika mereka mengatakan hantu itu akan menyorokkan kami di bawah kopeknya dan di bawa lari. kami kanak-kanak comel pengguni kawasan itu selalu akan berlari laju-laju ketika pulang dari sekolah sambil tutup mata bila lalu kawasan buluh itu kerana takut hantu kum-kum ada berselindung di sekitar kawasan buluh itu sambil menjerit kuat-kuat "OMAKKKKK!"
kini kawasan tersebut kosong setelah 3 baris rumah telah terbakar setelah beberapa tahun kami berpindah dari situ.
10 comments:
wahhhh vaart!
panjang entry engko vaart..
*meks tak skip tau* huhu
soalan..
knaper hantu yg menyorokkan org di bwh kopek dipanggil hantu kum-kum??
salam vaart..
perghhh..penatnyer akak baco.
kali nie terlobih pjg lak yo..
hahahaha.....aku nih macam mak ko gak ler..suka dera anak aku baca sifir, sure dia phobia cam ko kan hahahaha
salam vaart,
napa rumah ilham x bleh masuk ? ala....nak nangis nih! dah banyak hari x bleh!
eh,
ko baca sampai sipir doblas je ye ?
wah .. brapa jam kao habiskan tuk mengarang entry ini vaart??
Lara
vaart, 2 toilet tu...aku sure ko mesti pernah berhajat di lokasi yang selain dari 2 toilet tersebut..
*kat sini dia*
H,
thehee
bat,
bukan selalu
mrLL,
kita dapat mendengar hantu menunjukkan kopeknya @ teteknya. kata orang.
kak aya
bukan selalu
ogy
ada emak zaman sekarang mahu melakukan begitu lagi
jane 1,
bukan selalu
jane 2,
kita akan gunakan sifir 13 dan ke atas. calculatorkan ado? heh.
lara,
bukan selalu
bok d,
kita dapat berak waktu malam tepi semak belakang pokok buluh bila jamban waktu kita nak guna itu penuh pada masa itu.
Post a Comment