Monday, February 16, 2009

Niat Yang Baik Harus Di balas Baik JUga Bukan? Heh

saya ke kajang. seperti biasa, melihat-lihat bapok setelah melalak di tempat orang-orang tua mencari keseronokkan.

heh. tidak.

mana mungkin saya akan mencemarkan nama yang popular dan berkarisma di beranang ini jika ke tempat bapok itu. jika ke tempat karoake itu, mungkin.

sebenarnya tekak ingin menelan sate kajang. entah apa mengidamnya hari itu. kawan sudah sedia menunggu. dengan langkah tetap tapi yakin dan berkarisma, saya menuju ke medan sate itu. ramai pula orang malam ini. mengidam juga agaknya. parkir kelihatan agak penuh.

kelihatan sebuah kereta cuba keluar dari parkir yang sempit itu.

tanpa prejudis, memilih antara pemandu wanita atau lelaki dan di sebabkan pertolongan "tinted" kereta tersebut, saya cuba memberikan gaya arahan bagaimana harus di lakukan untuk mengeluarkan kereta tersebut.

dengan wajah berpeluh, gadis comel keluar dari kereta.

"bang, minta tolong keluarkan kereta saya"

tanpa prejudis, memikirkan sudah kawin ke belum, sudah ada boyfriendkah atau bertunang, saya cuba mengeluarkan kereta tersebut.

walla! niat yang baik, semuanya berjalan lancar. harapannya timbul sifat kekaguman dalam diri gadis comel melihat keskillan pengawalan kenderaan oleh lelaki popular dan berkarisma di beranang ini.

"terima kasih bang!"

"hurm...selamat jalan n gud nite" kata saya.

beberapa ketika kemudian ketika menyumbat sate perut ke dalam mulut. saya teringat.

damn! awek tu lupa nak mintak no phone aku.

9 comments:

Hazelsyd said...

hahahaha vaart! ko nih kannnnn..

aku nih sedaya upaya mencuba utk tidak prejudis masa baca entry yg nih! tapi tiba tang last sentence...fuhhhh prejudis jugak jadiknya!!! kekekeke

Anonymous said...

tak apa lain kali engko pun buat2 lupa gaks tanya aweks lain wokeh.. learn from the lesson giteww..

Anonymous said...

rugi!!!! rugi!!!!

Anonymous said...

aisehhh... dapat terima kasih jer??

Anonymous said...

chop!!

vaart, apa jadi dengan raudhah beb?

Sofya said...

*baik juga dak Vaart nih..*hiks

Anonymous said...

hahaha..ko tau vaart, pompuan yang comel memang suka mintak tolong orang, takat tu je la...ko jangan harap lebih-lebih

Hazelsyd said...

hehehe i like aper orgy cakap.. direct seyyyy kekekeke

wokehh vaart! entry sate pon sudah..now, entry lontong satuuuuuuu hehehe

vaart said...

h,
inilah nasib lelaki tak kacak macam aku. kalaulah aku kacak, awek indon yang bakar sate tu pun mesti berlumba-lumba nak bagi no dia kat aku.

huh! prejudis

bat,
hahaha..buat2 lupa. sebenarnya aku yang tak berani nak mintak no. aku kan pemalu orangnya.

fudh,
memang rugi awek tu. janganlah disalahkan ibu mengandung. wa telah memberikan dia peluang itu. tapi dia gagal. diulang, gagal! hahahaha.

teesh,
raudhah? dah clash dah.

kak aya,
memang baik. tidak sharp lagi!

ogy,
aku nak mintak tolong satu buleh?
tolonglah jgn terlalu berterus-terang sangat. aku terluka tau. wargh! wargh! wargh!

h,
entry lntong tunggu masa raya lah oiiiiii. aku marah ni kau beria-ia skng si ory! hahahahaha