Tahun baru juga kami di kawasan yang sewaktu dengan semenyih dan beranang menyambut kedatangan Tesco yang baru di buka pada 15hb Januari lepas. 3 minit perjalanan dari rumah saya. Di beritakan dari sumber-sumber yang tidak boleh di percayai akan ada barang-barang percuma yang akan diberikan sempena pembukaannya. Info sahih dari mat kepoh opis yang telah pergi melawat telah mengesahkan bahawa semuanya itu hanyalah khabar angin semata. Ramai juga ibu bapa yang menghentak meja kaunter pertanyaan bagi bertanyakan hadiah percuma itu. (yang ini saya tipu)
Adalah juga staff-staff yang balik awal dan tak mahu minum Nescafe dan makan roti canai petang itu kerana semata-mata nak bernafas di dalam aircond di tesco baru itu.
Bukalah Tesco besar mana sekalipun saya tetap akan membeli ubat gigi di kedai mulia jaya di beranang dan membeli mee goreng segera jenama sedap (berperisa ayam dan bawang goreng extra) di kedai brader di kawasan perumahan pkns itu.
Cuma yang merisaukan saya pemilik-pemilik rumah akan mengambil kesempatan ini dengan menaikkan harga rumah sewa mereka dengan alasan Tesco sudah di buka di situ dan bakal di buka nanti pusat sehenti KFC dan Pizza Hut. Maksudnya di sini Beranang dan Semenyih sudah selangkah menuju kearah kota metropolitan.
No comments:
Post a Comment