Sunday, January 18, 2009

Dan Tahun Baru Itu

Selamat tahun baru

Iya, sudah berbelas hari sudah, baru saya nak mengucapkan selamat tahun baru. Saya menunggu juga adakah orang akan menegur, kamu sudah tutup blog kah? Kemudian saya akan berkata, baru berfikir-fikir mahu. Mahu menenangkan fikiran, kata saya disamping ayat standard iaitu tiada masa sudah mahu berblogging. Kemudian kamu beramai-ramai akan memujuk saya agar jangan tutup blog dan terus berblogging. Kemudian saya mengambil langkah mengundur dengan berblogging semula. Kemudian semuanya hidup happily ever after.

Rupa-rupanya haram! Semuanya buat tak tahu saja. Maka terpaksalah saya tulis blog semula.

Terima kasih diucapkan kepada yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya tempoh hari. Iya saya sudah berumur 32 tahun, tahun ini. Hanya ucapan sahajakah? Saya menerima TT, LC, bank draft, cek berpalang, kiriman wang pos dan juga duit syiling. Sila pilih ikut kesenangan anda sekeluarga.

Aqhir kata semoga tahun ini anda semua akan kaya, kaya dan kaya!!!!!!! Kaya apa? Itu yang kita nak tahu.

No comments: