aku
pergi tengok bola…lama jugak lah…dulu…dekat stadium tuanku abdul rahman, paroi…negeri sembilan lawan pasukan mana ntah…aku pun dah lupa…ye laaa lama sangat kan?
stadium adalah tempat kau jumpa kawan-kawan baru…orang sebelah kau mintak pinjam lighter jer, tak lama lepas tu kau terus jadi kawan baik…
hari tu…masa tu… aku duduk sebelah uncle India berhadapan dengan grand stand…sambil borak-borak…tukar-tukar kuaci dan hisap-hisap rokok…gelak-gelak…kami dah jadi kawan baik selama 10 minit selepas duduk kat seat stadium tu…
game pun dah start, negeri sembilan menyerang dari kanan ke kiri, game memang macam hampeh…seingat aku…hingga buat orang sekeliling aku menjerit-jerit bagai nak gila…termasuk lah aku jugak…
masuk second half, turn negeri sembilan pulak menyerang dari kiri ke kanan…ada winger india negeri sembilan tu…sapa ntah nama dia, aku pun dah lupa…tergeletek-geletek kat tepi padang, mengacah-acah, menari-nari, tapi bola sangkut jugak! aku dah mula angin…aku menjerit
“wei bodoh! main betul-betul laaa….”
“wooiiii k*l*ng bodoh! kau makan taik ke?” jerit uncle India sebelah aku sambil sambil berdiri dan menunjukkan penumbuknya…ada orang lagi tak tahan rupanya…
semua orang kat situ terdiam dan memandang uncle tu…gelak besar dan tepuk tangan!
aku pandang uncle tu dan bagi high 5 kat dia!
7 comments:
heheheh. baru aku bleh senyum sikit hari ni.
lain kali ko jumpa uncle tu .. bagi High5 aku kat dia ya. hiks
*aku ler*
uncle tu kata, mau hi5 kalu, buat sendri ah..apa kurlass pas2 hi5 kat worang laen..
ok .. tapi kalau high5 aku singgah tepat kat pipi ko .. kira mintak maap je la yo.
*den org klang*
aku rasa uncle india tu dah masuk Islam dah...
vaart/ilham...
kalau uncle tu tak masuk islam pun, i rasa dia terlupa dia punya colour masa tu...
ooh ko pergi tgok bola ya rupanya. hiks.
adakah stadium bola jugak jadi tempat menekel aweks.hehe
errr..masa tgk bola tu..anak2 ikan ada tak yang cun cun.....
err...ada amik gambar tak??
isk...silap topik ek aku...ya ampun.....
*pelan2 kuar rumah vaart...takut vaart perasan yg aku silap topik...*
Post a Comment