Wednesday, January 31, 2007

Cerita Fast Food

kau pernah

makan kat fast food restaurant kan? mesti penah punya lah…kau bawak anak-anak kau pegi makan fries dan ayam goreng, kau bawak awek kau pegi makan aiskrim, kau bawak kawan-kawan kau pegi makan pizza, kau bawak diri kau sendiri pegi makan burger sebab takde sapa nak temankan kau pergi…wargh! wargh! wargh!…aku kesian pada diri aku sendiri...

tapi pernah tak kau datang waktu-waktu restoren tu nak tutup? misal kata 1 minit lagi diorang nak tutup kedai? lepas tu dengan eksennya kau mintak pulak benda-benda yang tidak disuggestkan oleh cashier kat bahagian depan tu...kebiasaannya bila dekat-dekat nak closing kami ada membuat item-item yang extra bagi item-item terpilih...
walaupun budak cashier tu dah merayu-rayu pada kau untuk memilih barangan yang telah tersedia, juga berkata dah tak boleh nak buat apa dah sebab semuanya kat dapur dah ditutup…minyak masak dah dibuang, dapur dah ‘off’, utensil semua dah dicuci bagai…

tapi kau degil jugak dan tidak juga mahu menunjukkan timbang rasa dan sebagai customer kau tak pedulik apa-apa pun, janji dia buatkan apa yang kau nak dan kau sanggup tunggu hatta dua-tiga jam sekalipun untuk dia sediakan order kau…

kebiasaannya kami akan tendang jer customer yang macam ni sebab, masa bertekak-tekak tu pun dah lebih dari satu minit dah melepasi waktu tutup kedai dah…tapi kami ambil jugak laaa order dia…

aku pun isikla minyak baru dalam fryer hidupkan api dan tunggu 15 minit nak panas…goreng ayam dan buat burger…

bun burger tu siap panas saja…kawan aku namanya si jack terus masuk ke tempat aku dan terus menanggalkan seluar dan seluar dalamnya…disapunya kesemua bun burger tu ke punggungnya dan mulalah dia membuat dressing untuk burger itu…hampir siap, diantara salad yang dihiris halus, dia meletakkan pula air ludahnya…pickles pula dipijaknya dulu sebelum diletakkannya kembali ke atas dressing burger tersebut…

siap semuanya…jack ke depan semula dan terus menyerahkan order kepada customer tersebut…dan diberinya customer tersebut diskaun 20% sebagai tanda penghargaan kami...kami masa tu memang ada kad diskaun 10% dan 20%...

kejadian tu selalu mengingatkan aku…aku bukannya always right kalau tiada timbang rasa terhadap orang yang berdiri dihadapan aku ketika aku sedang mengorder makanan
…aku akan selalu bertanya dengan baik bolehkah dia buatkan untuk aku makanan yang aku nak itu jika makanan yang aku order tu tiada tersedia… selalunya dengan senyuman yang manis mereka akan menjawab ya…

tak lah sesusah manakan?

34 comments:

Anonymous said...

yayyy, wa first.

betul kan, you are at their mercy sebenarnya orang kedai makan nih. depa letak apa pun mana kita tau.

sebab tu ko suka masak sendiri ya dek non.

wa pernah gak dgr cerita ludah2 nih. ishhh.

B.U.S.U.K said...

errr..vaart...pengakuan berani mati...kalau pengusaha kedai2 makanan segera ni baca entry ko...mau dia jejak siapakan penulis entry n siapakah jack miahahahahaha....

eerrr....kalau seminit lagi nak tutup..baik wa pi mamak je lepak layan mokok n neskepe panas...masyukkkkkkkkk jerk ekekeke...

huehuehue...

errr...tahniah mek pis..org pertama..wa bangga neh...

Anonymous said...

wwwahahahaha...

gerenti i tak nak makan kat fastfood restoren lagi nih, asyik tengat ngan ceta abang non nieh!!!

miss u vaart...u no miss me??

ILHAM said...

vaart,

di akhirat nanti setiap perbuatan kita di dunia akan dambil kira...masa tu bontot kita akan bercakap dan ludah kita akan bercakap...

kehkehkeh.....baibun bah!!

moral of the story :

kalau tetibe dapat discount , jangan makan makanan tersebut!!!

ciss cake ko bro...nak muntah aku baca tau!!!

vaart said...

nhk,

alaaaa...kalau masak sendiri pun, kalau kawan kita ranjau kita pun kita takkan tahu punyalahhhh...wahahahaha..maksudnya bukan kita yg masak...turn kawan kita yg masak...hahahahaha...

liana,
ni kes mengidam sampai takleh nak tido lah ni...a'ahkan wa pun..baik lepak kedai mamak, makan cheese nan + kari kambing + ayam tandoori + nescape tarik....fuh!

jazzy babeh!
miss u too babeh! nanti wa dah kaya wa pegi brunei ek? u bawak wa jalan2 keliling brunei..*cuba bayangkan, buleh ingat lagi tak rupa bentuk* aiseh..samar2 lah!
hahahahaha....

ilham,
hehehe itu sebelum dia masuk islam tu...sekarang dia seperti bayi yang baru dilahirkan....tapi taktaulah camno pulak perangai dia sekarang ni...wahahahahahaha

Anonymous said...

vaart,

pizza hut offer 50% off after 9.00pm sekarang ni. err... baru lepas makan tadi! lerr... rasa nak termuntahlah pulak nii...

yuckkk!!!

vaart said...

teesh,

betui ka 50%? series? tak tipu?

laling n nhk, jom makan pizza jom!

Anonymous said...

aku org kampung .. tak makan pizza.
aku teman kan .. boleh la. tapi kena ada upahnya ler. orait? ko dah gaji khaaannn.

*jgn salah stadium taw! .. motif nak makan pizza nak gi stadium ni?*

*EmbunLara*

vaart said...

laling,

hak hak hak..motif

Anonymous said...

Vaart! mana ko baca Sidney Sheldon mati?? aku tak baca paper langsung semalam. aiseh .. fave author aku tu. mmg betul tau .. buku dia & buku John Grisham .. kalau dah start baca .. mmg tak boleh letak.

*EmbunLara*

vaart said...

laling,

the star..aku baca online punyo..sakit pneumonia ker apa ntah...

Anonymous said...

vaart
ko buat ke keja keja keji tu?? aku tak penah keja closing shift. (boss aku kata .. awek2 cute tak boleh keja malam2 .. bahaya! hak hak hakkkkk) jadi aku tak penah la lalui keadaan yang macam ko lalui tu. tapi .. kawan2 aku kata (kawan2 keja fast food tu dulu la)... kawan2 depa penah ludah dlm air customer yg belagak. jahat taw!!! tapi kekadang kan .. ada gak customer yang tak berhati perut kaaan. aku penah .. masa kat lobby .. nampak org tu merokok buang habuk bersepah2 atas lantai .. dalam dulang .. so aku bagi la ashtray. ko tau apa dia buat? dia penuhkan ashtray tu ... pas tu dia tuang atas lantai. ko nak nangis tak? aku?? ... aku nangis terus. aku mmg ciwek ...

*hiks ..sapa lagi kalau bukan den*

Anonymous said...

kehkehkeh bro..

best...best!!!

kalau customer tu nampak benda kuning2 kat roti burger dia, mesti dia ingat mustard kannnn..

vaart said...

laling,

semasa kejadian itu, aku hanya memandang...jerk! aku tak terlibat dalam konspirasi ni...

mrLL,
kami panggil thousand island..hehehehe...kuing thousand island ni lebih pekat dr kahak...so kalau bila dia tgk kahak tu ungkin dia ingat thousand island jenis murah punya...gahahahaha..

B.U.S.U.K said...

euwwwwwwwwwwww..korang jahat..aku baru plan nak makan quarter pounder tgh hari ni..*lapar nya pasal miahaha* ekekekee..tak bayek tau...

errr..itu sidney sheldon..sakit paru2 berair...tingat pi CM pinjam novel berlambak2..ekekek..pastu tak ke mana weekend...dok melayan novel dia je...*those were the days..*uhuks

vaart said...

liana,

daging beef tu rega dia sebenar 3 sen tau sekeping..

B.U.S.U.K said...

errr daging beef tu 3 sen...cis...murahnya...napa aku bayar lebey dr 3 hengget..tak bayek tau...

err aku lapo ni...ikan bakar tgh hari ni best gak kan...

Anonymous said...

mek na,
ikan bakar pun depa letak kahak gak tauu!! campur ngan ayer poloh masham menitik masa syiok membakar..

klehkekeh

Anonymous said...

u guys are veryy .. verryyy .. veryyy .. disgusting tawwwww. wwuuuuaaaaa

*EmbunLara*

B.U.S.U.K said...

euuwwwwwwwwwwww..korang jahat la..tak bayek tau..

pok dahi loba2...ko jeles ek..

eekekeekekekekek

Anonymous said...

heee.... nak makan aper lunch ni?? macam semua makanan ada letak kahak jer...

yuckkkkkkk!!!!!!

B.U.S.U.K said...

teeshieeeeee..ekeekeke..tu la..teruk depa ni kan...

err err...makan sizzling mee pon besh kan dear...

i nak pi belanga ngan kwn i..ntah kat mana tah restoren tu..wa ikut jer..heheh

vaart said...

wahahahahaha......korang makanlah sizzling mee tuh...lagi senang benda2 tu larut tau!

vaart said...

teesh,

makanan yang tak letak kahak adalah makanan yg dimasak oleh wa! wa cuma letak peluh ketiak jer sebab garam dah habis nak kasi masin sikit!

Anonymous said...

vaartt!!! .. ko la the kemproh-est among them allll!!! yyuuuuuccckkkkksssss!

*me and you and a dog named boo*

B.U.S.U.K said...

teruks tau vaart...eeeee...mencik...mcm nak kena masak je skrg...adeh...

ko memang tau vaart..pok dahi ko...grrrrrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

kehkehkeh..

wa pernah nampak tau kek kodai mamak..ada sudu jatuh atas lantai..mamak tu kutip balik, then letak dlm bekas bawak kat customer..

ermmm..sizzling mee tu kalau campur kahak hijo tu mcm besh gak kann..errmmm..mudah larut..mungkin yg hijo tu tak larut..dia jadik mcm telur tak masak..ermmmm

vaart said...

wahahahaha LL,

telur separuh masak yang kuningnyer meleleh masuk ke dalam celah2 mee tu.

yum yum

vaart said...

liana,

masak lerrrr...kata dah nak kawen...gahahahaha...
kau suruhmaid kau masakkan? baik kau check betui2...kah kah kah!

B.U.S.U.K said...

Euwwwwwwwwwwwwww..korang ni teruk tau…tak bayek wat mcm ni...

Err masa korang makan tgh hari tadi..tak terpk kea bt kahak2 ni semua??ngeh ngeh ngeh…

Eeee korang nih..adeh adeh.

Anonymous said...

kehkehkeh

mek na,
kita org tak terganggu sedikit pun!

vaart said...

malah ianyanya menaikkan lagi nafsu syahwat makan kitaorg! wahahahaha

B.U.S.U.K said...

korang ni gila ke apa...adoi laaaaaaaaaaaaa...

apa nak jadi ngan kwn2 aku ni..kahak pon dia layan...isk isk..

kahak sendiri ok la jugak..ni kahak org lain pon korang layang..adoiiiiiiiiiiii

hiks

Anonymous said...

Huwaaa, wa tak dapek makan pizza. hiks.

errrrr.