Thursday, August 13, 2009

Staff Baru

Staff baru mula masuk bekerja beberapa hari sudah. Mereka (baca: perempuan-perempuan gatal dalam opis aku) kata, hensem giler. Kacukan Hindustan.

Buta agaknya mereka itu. Aku yang menginterview dia pun tak kata apa-apa.

“hensem apa jadahnya, kau lagi hensem!” kata minah yang pernah aku belanja kfc itu yang baru masuk kerja setelah beberapa hari cuti itu.

Hurmmmm…dia macam bagi hint sahaja pizza hut akan dibuka tak berapa lama lagi di sebelah tesco semenyih itu. Tiang billboard tegak pun dah berdiri. Tak lama lagi lah tu.

adik sihat?

No comments: