Thursday, July 02, 2009

Remember The Berananglona

kami ada tournament futsal. bukan kecik-kecik tournament yang disertai. main dekat pekan kajang tu bro. seperti biasa takda orang nak main posisi goal keeper.

mana standard, skill ala-ala rafael van der vaart, scoring attacking midfielder jadi goal keeper kan? maka kami ambil satu macha yang self claim best goal keeper kat ladang glenworie. bila option yang semakin menipis maka kami tiada pilihan lain.

game pertama, pihak lawan membuat sepak mula. dengan satu sentuhan dari bulatan sepak mula, geng jahat terus merembat kearah pintu gol. terus gol.

penjaga gol kami hulurkan tangan ala-ala berposing tangkap gambar untuk majalah mangga. untuk first half pasukan kami ketinggalan 3 gol berbalas kosong.

"this half is our half, let them remember forever the day they play the berananglona" (ikut tune coach dalam cerita remember the titan. bahasa omputih lebih dramatik sikit)

habis game tu kami bolos lagi empat dan kalah lagi 4 perlawanan seterusnya dengan purata jaringan 6 gol setiap perlawanan dan berbalas hanya satu gol dari kami. asal dorang attack sahaja, chances untuk score adalah 95%. 5%lagi nasib-nasib jer dorang tak score. kena tiang lah.

moral of the story: memang team lawan, remember forever the day they play the berananglona pasal team itulah yang paling sayur yang dorang penah lawan.

3 comments:

Anonymous said...

sayurrrr!!!!!!!

DL

orgkampung said...

ahahahak...aku tgk gamba siap gagah perkasa lagik semua worang...almaklum la nama samaran memasing takmo kalah punya....uiks...aku tgk gamba? kek mano eh? muahhahah

vaart said...

lara,
aku tak makan sayur bayam tau.

orgy,
hohoho...mesti adik kau masuk futsal tourney 2009 tu kan?