saya ke bank harimau itu. petang nak ke senja. di bahagian dunia sebelah sini, waktu petang nak ke senjanya suasana agak gelap. gelaplah. senjakan?
pergi nak masukkan duit. bukan ke akaun sendiri, akaun pihak ketiga. huh! kalau tak masukkan nanti, kena halau pulak oleh tuan rumah.
senyum setelah usai membayar dan menangis dalam hati bila duit kurang lagi dalam dompet. melangkah kemas menuju ke arah bat mobile ku. tet' tet'. bunyi alarm menandakan pintu telah dibuka.
damn! pintu tak boleh buka!
puas aku tarik-tarik handlenya. apa jadah. aku tarik-tarik lagi.
tet' tet'. alarm bunyi lagi. lock pintu terangkat. ada bunyi dehem. aku toleh. ada brader.
"itu kereta saya tu bang" kata brader tu.
"eh! kereta saya mana?" soklan bodoh.
aku tekan alarm sekali lagi. bangkai. bat mobile yang buruk tu ada kat belakang aku.
sengih kerang busuk aku terus masuk dalam kereta dan terus cabut. aku mesti bagitau bos aku, aku mahu kereta yang orang takda pakai kat beranang.
"bos, saya mahu pakai subaru imprenza wrc kaler hijau florousent boleh tak? leceh la pakai kereta yang ramai orang pakai. lagi pun bos pun baru je tukar keter kan? boleh la, boleh la ek? sayangggg bos"
6 comments:
keretapi la vaart. belum ada org persendirian bawak lagi.
DL
wakakakakaka.....entry yang tersangat lah melucukan..... =D
assalamualaikum
betui kata DL tu abg vaart
muahahahahahaaaa...
member wa lagi best
kes salah masuk kete
masuk & duduk dlm kete org
tengok2 org sebelah lain
kete laki dia kat belakang
puas laki dia gelak tak hengat
lara,
banyak pulak tanah org kampung nak kena pampasan nanti. cukuplah kat batang benar tu je yang ada landasan keterpi.
anon,
fudhla punya citer kat bawah tu lagi lawak.
fudhla,
kalau aku ler yg jadik org yg duduk sebelah membermu tuh, aku dah larikan dah. memang chronic ler.
vaart,
HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA! betul betul betul!
fudhla,
kalau kjdian malang tu trjadi kt sy..kt situ jugak sarung bag plastik kat kepala! maluuuuuu nyer! lpas tu nekad sepuluh tahun takmo jejak tmpt yang sama tu. haha...
anon,
haha. kemaluan tu memang dah tersedia untuk setiap manusia?
Post a Comment