Kami suka makan-makan di kedai-kedai yang berlainan di beranang sewaktu makan tengah hari.
Masa saya mula-mula sampai di beranang ni, mak selalu pesan, “kau makan kat kedai kat situ, selalu la tukar-tukar kedai. Jangan makan dekat satu kedai jer. Nanti ada orang cemburu. Kena santau pulak nanti”
Oooo..pada amatan saya pada ketika itu, mungkin dekat beranang takda pemuda hensem, maka jika saya makan dekat satu kedai itu, makcik kedai yang sebelah akan cemburu kerana ada pemuda hensem makan dekat kedai makcik yang satu lagi.
Maka makcik itu akan cuba mensantau saya. Adil kah? Hanya kerana saya pemuda hensem maka saya kena santau?
Rupa-rupanya fakta kes yang sebenar adalah:
janganlah selalu mengulang kedai yang sama kerana makcik kedai sebelah juga mempunyai mata yang melihat kita selalu mengulang kedai yang sama setiap hari. Andai kata kedai yang kita selalu mengulang itu tutup pada hari itu, dan kita pasti pergi ke kedai yang makcik yang tak pernah kita pergi selama ini. Hati orang kita tak tahu bukan? Mungkin dia tak kisah, mungkin juga dia akan berkata “oooooo…bila kedai tu tutup baru kau nak datang sini.” Bila ada orang tak suka, mungkin ada orang berniat jahat. Maka santau-santau itu akan terjadi. Agaknya lah.
Dan pada realitinya pula:
kita pula akan berkata” makcik, kalau boleh saya pun tak hingin nak datang makan kat sini, sebab nombor wahid, muka makcik tak mesra langsung, masam macam gampang @ cencurut! Apsal masih ada orang makan kat kedai makcik pun saya tak tahu.”
“Sebab nombor ithnain , saya sangat pantang kalau pekedai tak menyediakan duit kecil ketika nak kami nak bayar. Kalau dah tahu tak da duit kecil, apa ke jadah nak kira 30 sen, 40 sen lagi. Kasik genap laaaaaaaaaaaaa. Tak payah laaa kau suruh pelanggan kau datang balik besok collect balance lagi 70 sen atau 60 sen. Apa punya meniaga lah!”
Wahhhh…bapak marah betul ni…bak kata abdul wahub.
Ok. Berbalik balik kita pada sesi santau mensantau tadi. Pada zaman facebook ini maka pemikiran juga pasti akan berkembang. Jika dah pandai cari kawan-kawan sekolah lama guna friend finder maka makcik tadi buleh google stail masakan-masakan baru kat internet. Takder laaa lauk yang sama jer. Muak tau! Buat laaa sekali sekala salmon masak tempoyak cili api ka, ikan kembung grilled with salad and tomato served with black pepper sauce ka, buat laaa apa-apa, bukan perniagaan saya pun.
Laaa masuk balik pada cerita makcik tadi.
Kembali semula pada cerita santau-santau tadi. Tak baiklah santau-santau ni.
3 comments:
vaart,
heheheeh good to see an update here..
wah wah wahh sangat bermakna makcik tersebut dalam kehidupanmu eks..balik-balik masuk kisah makcik tuh hehehehe
*awek sydney pesan jgn bagi no tepon kat sesaper pemuda hensem di beranang* heheheeh peace vaart!
**kad jangan lupa pos kat aku eks spt yg telah kau janjikan (matilah fitnah!)**
huhuuu peace lagi vaart!
ok sajer merapu..
tudiah jauh termenyimpang nak citer santau tups nak gaks tuh terselit citer seorang pemuda hensam di beranang motiff sunggoh no??????
h,
i'm glad too. maklumlah, penulis tersohor macam aku ni kalau tak menulis tangan rasa gatal gatal.
bluuuek!
bat,
ehhh...mestilah, kalau nak harapkan orang lain puji nan ado! puji diri sendiri ler nampaknya.
hahahahhaa.
p/s - murah betul moral sang penulis.
Post a Comment