Thursday, December 18, 2008

Kisah Penolong Ketua Darjah Saya

zaman sekolah rendah saya dulu takder lah best sangat!

selain di tipu cikgu pengawas yang menjanjikan saya jawatan pengawas dan menyingkap kain bibah selain dari itu biasa-biasa saja.

ada satu awek tu dari pandangan saya yang berumur 10 tahun ketika itu sangat cantik. maveles! pakai pinafour (terima kasih lara) yang kain biru tua itu. memang saya suka pandang betis dia. gemuk! tapi dia kurus jer. ah! bercanggah betul kenyataan saya ni. kurus tapi betis besar. gasak lah. yang penting maveles.

dan nak dijadikan kisah tamil, dia jadi penolong saya.

biasalah antara penolong dan ketua darjah mesti ada gosip-gosip liar yang tidak dapat di elakkan. baik dari kaum lelaki yang tidak dapat menghampiri si penolong ketua darjah mahupun dari kaum wanita yang tak dapat menghimpit si ketua darjah. alah biasalah tu.

satu hari tu dia berdiri sebelah tepi meja saya dengan lengannya tersentuh pipi saya. dan sialnya pula tangan itu tak mahu di alihkan kemudiannya. tetap disitu.

saya? cium lengannya.

budak-budakkan? tak kena penjara kan?

dia suka lah tu. pasal dia tak alihkan lengannya.

semalam, saya nampak dia dalam facebook. eh! saya ada facebooklah! hahaha.

nak add dia as friend tak? malu lah.

sigh.

p/s - aku sayang sama kau, tahu? <--- sudah tentu bukan penolong ketua darjah saya.

terkini jam 4.15pm : hopp! dia add saya lah. hek hek.

6 comments:

Anonymous said...

keh keh keh mu neh belum baligh pun dah tahap kegatalan terserlah yach... *sambil tepuk2 bahu*

shabas inspektor sahab..

vaart said...

mamabat,
banyak tengok solid gold masa kecik2 dulu. hek hek

Hazelsyd said...

vaart,

ermm..macam pernah kubaca ini entry eks kekekekeke jgn maraaaahh..ko sajer jer ilangkan komen aku eks! sampai ati!

neway, syukurlah dia add gaks ko no.. aku nervous memikirkan dia nak add ker dak hahaha opsss sorry vaart...jgn ler sensitip sgt vaart..tak mancho katanyer hehehe

aku tau saper yg ko sayang tuh kekeke opsss memain jer tau!

ILHAM said...

bro!!

cinabeng!! sempat lagi nak ngorat tuh!!...

apa apa pong kalau dah tak mau pakai, recommend lar kat kengkawan ekk..

Anonymous said...

aku rasa ko ada publish entry nih ari tuh kan, then ko remove eh ....
hehhee

okaylah tuh dia add...cinta kenangan silam tuh beb hehhee

Hazelsyd said...

vaart!

happy hols and happy new year! ko bukan cuti kawen kan cuti panjang nih?? belum sampai seru lagik kan? hehehehe

take care okes!