Monday, December 15, 2008

Hikayat Perjalanan Kakak-Kakak dan Adik Cute Mereka - Part Berapa Ek? Baca Jer lah.

mukadimah:

fuh! akhirnya setelah bersengkang mata selama 72 jam tanpa tidur, maka lahirlah bahagian terakhir daripada beberapa bahagian yang telah diterbitkan sebelum ini. jika pirate of the carribean ada at world endnya, basic instinct pula ada at my bedroom bed, free meh?

watak-watak ini adalah real sebab memang real pun. maka bacalah ek? lepas baca jika suka bagitau kawan-kawan, kalau tak suka bagitau kami.

oh lupa lak nak bagitau, entry ini di tulis oleh lara, setelah taik telinga penerbit meleleh dek leteran "apsal kau tak publish lagi?" "aku dah represh berkali-kali takdo apo-apo pun". cheh!



JOURNEY OF SO MANY VEHICLES. YA Di COBAAA …



Hari ke 4 di negeri di bawah bayu ialah bersamaan hari Deepavali. Aku terjaga pada pukul 5.30 pagi. Bukan nak mandi sunat raya la! Ada acara besar kita org nak buat ni. Acara berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian. Sebenarnya terjaga pagi ni sbb terasa air-cond di ruang tamu dipadam oleh siapa ntah. Panas & tak selesa jadinya. Dah la aircond tu tidak menghala ke arah aku tidur. Ahkak tidur di sofa di ruang tamu tadi malam, sbb.. sbb … tak yah la cerita sbb apa. Lepas terjaga tu aku terdengar bunyi kelantang kelentung di dapur yang letaknya sejajar dgn ruang tamu tu. Oh rupa2nya mamabat dan beberapa rakan sedang sibuk membuat serapan pagi. Terus aku gosok gigi mandi dan berserapan. Mereka2 yang rajin itu telah menyiapkan sandwich tuna dan sandwich sardin yang bahan2nya telah mereka beli di kedai runcit tepi otel malam tadi. Ahkak sker! Air minuman … sendiri bikin ya.

Pukul 8 semua dah siap turun ke bawah dan tu dia .. bas River Bug dah sedia menanti. Ogy pakai baju yg dia pakai masa mendaki (habis la Gie .. gambar2 ko sepanjang percutian ni .. cam ko tak ganti baju tau). Dan mari lah kita semua pakai baju2 kotor je … kalau basah lenjun kat sungai nanti .. kira dah bercuci la baju tu kan. Tak yah hantar dobi. Aku peduli hapa .. pakai je track bottom yg berpalit selut kat kaki tu. Maklum la masa turun gunung hujan sepanjang2 perjalanan. Track (bukan track bottom tapi track naik/turun gunung tu) bukan setakat basah … tapi air mengalir dah macam air terjun dan air sungai dah. Tak kuasa nak elak2 .. redah je. Mana tak comot kasut, stoking & seluar.

Bas tu bukan bawak kami berenam saja. Dia pusing2 ronda KK ambik beberapa orang lagi. Tu dia nork .. diangkutnya orang dari hotel2 5* belaka. Shangri-la Tg Aru, Sutera Habour Resort dan Magellan Sutera . Gojez2 sungguh hotel2 ittu. Sangat daif jadinya Marina Court Apartment yg kami duduk itu dibandingkan hotel2 yang lain tu. Tapi ok pe sebenarnya Marina Court tu. Spacious & lengkap serba serbi.

Kami menaiki coach ni dari KK ke Tenom. Dari Tenom kita kena naik keretapi hingga ke Pangi. Dan start berdayung di situ la. Dulu .. sebelum kejadian keretapi terjunam ke Sg Padas dulu (tak la lama dulu sebenarnya), perjalanan kena menaiki bas ke Beaufort dan naik keretapi dari situ menuju ke Pangi. Perjalanan dari KK ke Tenom ambik masa sekitar 2 jam, merentasi banjaran Crocker. Pemandangan sewaktu berada di tanah2 tinggi kat banjaran ni memang sangat cantik. Boleh jelas kelihatan saujana mata memandang daratan (Kota Kinabalu) dan lautan (Laut Cina Selatan kan??? Jab tengok atlas. Aaa betul.) hingga ke horizon. Rugi la kepada sesiap yang membuta tanpa ada rasa “mahu” untuk menikmati pemandangan ini. Tapi nak ambik gambar pemandangan ni dari dlm bas punya la susah. Asal “click” je kamera .. yang terpapar di LCD ialah gambar pokok2. Ya la .. kat tepi2 jalan tu mmg ada jugak semak samunnya. Jadinya aku cakap kat Ogy “snap je kat mana2 .. untung2 dapat tangkap gambar laut”. Jadi laa few pics of these. My gambar not so clear la kan. Maklum la kamera kodi je.


Awan, laut, daratan, pergunungan .. complete la.


Kami sampai di Tenom lebih kurang pukul 11.20pg. Ikut jadual .. keretapi akan bertolak lebih kurang pukul 12.00. Melilau sekejab la kami di stesen keretapi Tenom itu. (Sampai jugaaakkkk aku ke Tenom. Cewah .. bunyik happy ni cam laa sampai ke New Yok!). Tapi ntah .. aku mmg rasa seronok la dpt sampai ke Tenom ni. Tenom ni terkenal dengan kopi dia yang sangat sedap tau. (tapi haram la aku nampak pokok kopi pun kat sini). Eh korang2 ni kalau tak tau kedudukan geograpi tempat2 ni .. sila la tengok peta Sabah sendiri ya. Kat sini pun kita terus kena siap sedia untuk pakai dan bawa apa2 yang perlu tuk berafting sahaja. Baju2 salin, kamera yang tak water proof, duit kertas selain duit RM5 dan duit syiling (boleh la dibawa) .. dan semua benda2 yang korang rasa tak nak basah tu … tinggal la dalam bas. Sekali aku nampak si Rose masih menyarung windbreaker dia turun dari bas. Wah .. nak buat pelampung extra pakah si Rose ni? Dah takyah … gi tinggal itu baju kat bas cepat! Hahaha. Ok ok … jgn la imagine kita org ni pakai suit mandi ala2 bikini. Tak lalu la kita org. Kita orang pakai baju ala2 gadis lindungan kaabah mandi sungai ni. Kan dah cakap tadi .. kita org pakai baju tee & track bottom kotor yg kita org pakai masa naik gunung tu.


Bukti yang ai dah sampai Tenom taw!. Kekekek

Lebih kurang pukul 12.10 minit .. bermula la satu episod merentas masa ke zaman silam. Hebat tak hebat kita orang ni. Kami menaiki keretapi lama. Satu2nya keretapi yang ujud di bumi Borneo itu hanya mempunyai dua gerabak penumpang yg diperbuat dr kayu (kayu ke dinding dia tu? Kekek), setiap gerabak hanya ada 9 ke 11 kerusi yang boleh diduduki oleh 3 orang (provided bersaiz kecil seperti Ogy ketiga2 mereka itu, or otherwise … Cuma muat 2 setengah bontot je) setiap kerusi. Dan berebut2 la kami nak masuk coach tu sbb tak mau berdiri katanya memandangkan ramai gak penumpang yang menunggu train ni. Dpt la kami berenam duduk di dua kerusi yang saling berhadapan. Sapa yang dapat letak separuh bontot je tu .. tatau. Maklum la .. hanya Ogy je dlm ramai2 kami ni yang bersize XS. Yang lain lain tu .. korang hagak2 la sendiri. Dan di belakang coach penumpang, disangkut satu plank besar dan selebar coach tu jugak (tak sempat la nak ukur ukuran dia) untuk letak barang2. Bukan barang je boleh duduk itu plank. Ramai jugak yang excited duduk (sambil menjuntaikan kaki kat tepi) kat plank tu. Plank tu tak berbumbung. Open air gitu. Panas ke hujan ke kena berak burung ke … nasib korang la labu. Sapa suruh duduk kat situ. Eh .. tapi nampak cam best tau. Siriyes .. lain kali kalau dapat naik train ni lagi .. nak lah rasa duduk kat situ je. Sambil juntai2 kaki. Owh!! I am really looking forward for that next time!!


Kami naik train ni la melalui railway di tebing sungai ni. Tapi gambar ni cilok dr satu website tu. Gambar lama. Gerabak masih panjang.


Gambar atas :
Let us pose for the camera ramai2 seblum semua basah lenjun.

Gambar tengah :
Ogy : Lara .. make sure ko ambik gambar aku nampak sungai & kepala keretapi ni sekali tau.
Lara : Hulur keluar lagi kepala tu weii!. Kang nampak sungai je. Aiseh .. kepala ketapi tak nampak la.

Gambah bawah :
Lara : Gie .. make sure ko ambik gambar aku pun nampak sungai gak & budak2 yg duduk kat plank belakang tu tau!
Ogy : wokey!! Alamakkk .. nampak kepala Rose je laa.


Serius … pengalaman menaiki train lama ni memang pengalaman yang aku sangat appreciate. Lebih aku appreciate dari pengalaman menaiki train Eurostar (cewah sempat berlagak aku ni nak gak cakap penah rasa naik eurostar kan). Ya laa .. where on earth could you find this kind of train again kan. Plus .. pemandangan di kanan kiri pun cantik. Kami melalui railway yang dibina di tepi Sungai Padas di sebelah kiri kami. Sungai Padas agak lebar dan keruh airnya. Di awal perjalanan arus sungai nampak tidak begitu rakus. Hati pun tenang. Tapi .. melepasi satu dam (lupa la nama empangan tu.) … tu diaaaa … mabuk sungai la ko nanti. Gila vavi punya rapids!!! Daaaannn … seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun .. yang duduk di belakangku ittew .. tidak habis bersembang memberi info kat aku yang katanya … begitu la jeram-jeram yang kami kena tempuh nanti. Oh itu budak mmg anak pada rafting guide dan biasa ikut bapak dia keja. Takut gila kevavon!! Adengan rakit terbalik dan aku tenggelam timbul tenggelam timbul .. tenggelam tak timbul2 … terbayang2 kat kepala dah. Serius hati libang libu tengok air deras dan jeram yang menggila. Tapi .. ahkak kena maintain mancho hokeh. Apa ni .. dah la 2 kali memalukan diri tak dpt naik puncak gunung … tak kan nak mengaku kalah pulak ni sebelum sempat berakit. Tak boleh la gitu kan. Kena gelak dgn orang2 kampung aku ni kalau jadi gitu. Tapi .. that boy tu mmg la .. tak reti nak stop bercakap. Nak je aku tekup mulut dia suruh diam. Tapi tak la aku seganas tu. Jadi untuk mengalihkan perhatian dia .. juga mengkontrol rasa takut aku tu .. aku buat2 posing bergambar je la. Oh ya .. aku beli disposable camera yang khas tuk masuk air yang boleh ambik 27 keping gambar je. Jadi la kamera kodi ni. Tengok bebudak lain .. semua pakai digital camera yg siap cover boleh masuk air segala. Aaarrrghhh belasahhh!!


Lebih kurang sejam kami kembali ke zaman silam ni .. sampai la kami ke Stesen Pangi. The starting point of the next journey. The main journey. Stesen keretapi Pangi ni cam ala2 stesen cowboy je. But its cool. Back drop tmpt ni cantik dengan gunung2 menghijau mengelilinginya. Dengan sungai lagi. Sangat virgin katanya. Dengan bangunan sekolah, balai raya, dan rumah2 yang ala ala .. very der. Semua macam zaman 60an la pendek kata (macam la aku penah hidup di zaman 60an kan). Aku dgn Ogy ralit nak bergambo sakan di stesen ni sedang budak2 lain dah sexited giller ikut guide guide tu pegi ke base point tuk ambik gear. Jadi bila aku dan Ogy sampai .. life jacket & helmet pun dah tinggal yang ala ala je la kan.Walaupun Ogy tu layaknya pakai life jacket tu kanak2 .. nak jugak ambik yg tuk org dewasa!


Di stesen keretapi Pangi .. aku dan Ogy kalau boleh nak ambik gambar kat setiap corner mahu pun tak corner. Sempoi kan stesen ni.

Lepas tu salah sorang guide (yang sgt lebat bulu ke*iak dia tu aiyooo) bagi taklimat and info the right way pakai life jacket, pakai helmet, cara mendayung, bagaimana tuk react kalau boat capsize (alaaa kecut perut lagiii), bagaimana tuk react kalau orang datang nak selamatkan, macamana nak tarik kawan yg jatuh dalam air .. masuk ke dalam rakit balik .. . dan lain lain.

Selepas habis penerangan tu .. jom .. kita gerak ke sungai dan ready for the show. Group kami yg seramai 6 orang ni dijoin-kan dgn 3 org dak lelaki sabah yang kita org buat buli2 je sepanjang perjalanan tu. Especially Mamabat la .. suka sgt tau kacau budak2 tu. Rose .. dia malu2 kucing. Alaaa Rose .. comee onnnn .. you can do it. Hahaha.

Rasa2nya ada lebih kurang 6 atau 7 rakit kesemuanya dalam batch ni (lupa pulak nak kira). Sebenarnya ada 1 group budak2 melayu jugak. Mereka pun berenam jugak rasanya. Aku masuk paling lambat dalam raft. Habis laa .. kena duduk belakang. Habis laaa … jadi cheer gal je. Tak merasa pegang dayung. Ogy & Vaart duduk paling depan (hahaha habes la ko Gie!) Rose duduk tengah2 di apit 2 jejaka sabah. Habis la ko .. nak pegang sapa kalau nak tergolek karang .. ahkak tak tau. Ahkak leh pegang Mamabat! Leh pegang NHK!

Dan bermula la episode rafting-rafting to the hulu, swimming swimming to the shore kita pada kali ini. Eh .. apa nak cerita ek. Dah sebulan lebih kan peristiwa tu belalu. Aku dah lupa banyak perkara sebenarnya ni. Apa kata untuk memudahkan korang .. korang boleh baca blog Ogy (alamak .. tak tau la nak letak link nya tu. Kekekek) tuk mengetahui pengalaman manis kami yg lebih manis dari air tebu. Air tebu okkkk .. bukan air sungai yg dah bergelen Ogy & Vaart telan tu. Tu la sapa suruh tamak .. nak duduk depan jugak. Rasain loe.

Tapi sikit2 aku cerita la jugak (dasarrr gila kuasa la kan. Cam la tak biasa dgn aku la pulak korang ni). Journey naik rakit ni sejauh 12km di sungai yang rapid dia bergred III – IV. Kira ganas jugak la grade ni. Gred paling tinggi tuk berafting ada kat Malaysia la. Kat obesi macam New Zealand, US & Nepal tu ada gak orang berafting kat rapids ber grade 5 & 6. Grade yg gitu biasanya orang2 yg dah terrel2 je boleh try.

Kami start masuk sungai ni dah la betul2 di tengah rembang mentari (sib baik bawak sun block lotion ber SPF 50 khas tuk bersukan. Sapu setebal yang mungkin. Karang habis rentung – aku dah mmg rentung la ok – kawan2 aku ni karang .. susah. Ada suami tak kenal isteri, ada bofren tak kenal gafren pulak balik nanti.Tapi org yg ada tunang tu … pakai ke tak pakai lotion ni .. make no different laa. heheh). Jadi .. dah la time makan kecebur masuk sungai, perut pun cepat la rasa lapar kan. So aku tak salahkan sesiapa la kalau baru je lepas rapid pertama NHK dah tanya guide .. lama lagi ke tuk sampai tempat makan.


Alaa kat air tenang ni. Muka happy je la semua.

Pasal rapid and the journey .. nak lebih clear .. lagi sekali .. baca la blog Ogy ya. Aku malas la pulak nak tulis detail. Tapi rapids mmg menggila la. Cuma Alhamdulillah … rakit tak de yang terbalik melainkan sengaja mintak terbalik kan la (bukan kita org la. Kita org masih lagi waras maklumla baru lepas duduk kat waras hut). All in all .. 9 rapids kita kena tempoh. Macam2 nama rapids ni dia org bagi .. head hunter, Scooby doo, Lambada .. dan yang last .. paling aku ingat … Curve. Hihih. Walaupun rasa takut sentiasa ada dlm hati .. ya la tengok ombak gila kebabon punya tinggi kita org kena rempuh ni, takut la sangat2 rakit capsize (ntah kenapa mmg takut sangat laaa kalau rakit terbalik, pas tu imagine kita tenggelam .. bila timbul .. rakit kat atas kepala, harus aku panik gila kan).

Selepas berdayung sejauh 9km .. kami sampai ke destinasi yang ditunggu2 oleh semua orang iaitu suatu tempat benama Rayoh. Kenapa kami tunggu2 destinasi ni? Sbb apa lagiii .. makan time laaa. Paling best makan kat situ was their kambing bbq. Serius .. seddappp gillerrrr. Tapi sian la kat Mamabat sbb dia tak suka kambeng. Makanan yg lain2 .. biasa2 je. Kalau tak sedap pun kami balum je sbb lapar.



Baru lepas makan. Pun muka happy je la kan. Gambar bawah tu aku make sure semua give way nak nampak gak kita org posing kat atas landasan ketapi. heheh

Sehabis makan .. pakai gear lagi. Dan mari kita sambung berdayung. Rose … ko nak try berdayung tak? Takat ni Rose sorang je blum merasa berdayung. Oh ya .. aku dan Ogy dah bergantian dgn Mamabat & Vaart. Sapa tak mau berdayung esok kena buat sarapan tau. Yahooo .. Rose menyahut cabaran itu (hah tau takut kena buat sarapan! Hahaha) Mak suspekk!! Bukan saja menyahut cabaran berdayung … malah di suatu waktu itu ikut terjun sungai!! Hoye hoye. Tapi sesaat dia terjun .. tang tang tu semua orang kelam kabut .. tengok muka dia yang panik gillerrr. Dan semua orang pun jadi hero penyelamat. Aku je yg duduk jauh sikit .. bagi peluang dia org tu tarik Rose masuk rakit. Karang aku tarik dia .. aku yg terhumban karang .. satu lagi masalah. Ya la .. orang patutnya terjun kaki dulu .. Rose buat ala terjun tiruk .. kepala dulu. Isk. Sebelum tu Ogy & Vaart dah terjun sungai tu dah. Cam best je tengok dia org hanyut ikut arus. Diikuti oleh Mamabat pulak selepas tu. Kemdian baru NHK pun menerai jugak berendam di Sungai Padas. Aku … selain malas nak berbasah2 kuyup ni .. tengok orang2 naik balik ke rakit pun hazab, dan tiga pat kali lagi hazab kekawan yang cuba menarik kawan2 masuk balik ke rakit .. rasa cam insaf la. Tak mau la menyusahkan diri .. jugak menyusahkan orang lain. Biar la tak merasa berendam dlm air sungai pun tak pe la. (ala tak terjun sungai pun basah lenjun gak akhirnya)


Mr Croc!!! Feeding time!!!!
Syok je tengok dia orang meng-hanyut.


Dan selepas beberapa km lagi kami berdayung di rapid yang tak la seganas diawal2 tadi, sampai la kami ke Halogilat, tempat kami berbabai2 dengan guide2 kami. Aiyooo .. dari tadi aku tak enterframekan la pulak 2 orang guide kami. Nama guide kami (oh kami group special .. dpt 2 org guides) ialah James and Bond. Eh Bob. Bob je. Bukan Jim Bob .. bukan. Conclusionnya … perjalanan berafting ni mmg best, agak menakutkan pada mulanya (sbb dah tengok rapid yg rakus dr keretapi) tapi fantastic akhirnya (sbb rakit tak terbalikkan kan. Cuba kalau rakit terbalik .. harus aku meroyan). Ombak di rapids mmg ganas & tinggi2. Sayangnya sungai ni agak lurus … tak ada sharp turning dan tak ada drop langsung pun (tu dia .. berlagak gila tak cukup mencabar katanya).



Dan dari Halogilat ni kami dibawak pulak menaiki speed boat sejauh lebih kurang 18km menyusuri sungai ni selama sejam .. tuk sampai ke Beaufort. 2 speedboat disediakan tuk bawak kami semua2 ni la. Tapi speedboat pertama tu .. terus berdezuppp hilang ntah kemana tak nampak langsung … tu dia betapa speednya boat itu korang tau tak. Dan dreba boat kita org pulak .. aiseh .. aku ingat dah habis kecut perut dah .. dia buat hal .. asyikkk laaa buat drift. Pantang ada selekoh .. dr jauh dia bawak pelan2 .. pas tu besit tak hengat sampai aku rasa cam nak merempuh dendeng sungai .. dah sipi2 tu baru dia buat corner baring. Memang banyak la pahala aku sepanjang2 ni .. sbb asyik laaa berdoa. Tapi tak de ala aku baca doa makan yg berbunyi “nawaitu raf’al hadasil ..” tu kan. Tiap kali dia buat drift tu .. aku bayangkan kita org ni berada dalam satu adegan filem James Bond gitu. Dan aku tau .. orang yg rasa perjalanan naik boat ni paling lama .. tak lain tak bukan .. Vaart la. Sbb sepanjang2 tu di kena tahan kencing. Rasain loe.



Gini la kami duduk kat speedboat tu ala ala pelarian pun ada gak. Muka Vaart topakso eden smudge-kan. Sian .. muka org tahan kencing sgt la ketara.

Sebenarnya cantik tau pemandangan kat sungai ni. Sbb sungai ni melalui celah2 banjaran gunung, melalui beberapa kampung. Sempat la melambai2 kat budak2 kecik kat tebing2 sungai tepi rumah dia org yg excited jugak melambai kami ni. Di beberapa tempat .. kami nampak burung2 putih (tak tau la nama burung tu burung apa kan. Undan ek?) .. berterbangan atau bertenggek di dahan pokok di tebing2. Uh .. kalau la ada camera canggih. Dan kalau lah ada kepala Mr Croc kami nampak kat tepi sungai tu .. kira complete la … cam scene kat rancangan National Geography dah.

Dan betul2 menjelang maghrib .. kami sampai ke jeti Beufort. Terus bertukar kenderaan .. naik bas pulak. Jadi .. tu yg aku namakan journey hari ni Journey Of So Many Vehicles. Bermacam2 kenderaan kami naik hari ni kan. Dan guide bawak kami ke Stesen Keretapi Beaufort untuk tukar baju (tukar baju je .. tak sempat nak mandi hokeh). Ya la tukar baju beramai2 semua nak cepat kat toilet KTM tu, mana la sempat mandi (aaa part ni rasa cam dalam rancangan Amazing Race la .. berlumba2 nak menang race gitu) Ala tak mandi pun wangi je. Pada yg dah terjun sungai tadi tu kira dah mandi la tu kan.

Perjalanan dr Beaufort ke KK ambik masa lebih kurang 1 jam. Dan waktu ni jugak kami dpt apa2 barang2 yg kami order di waktu makan such .. gambar, t-shirt. (T Shirt Ogy cantikkk. Aku tak nampak pun T shirt tu sbb malas bersesak2 kat kaunter jualan tadi). Dan setiap peserta jugak di bagi sijil ya u all. Then kami ber osom osom dalam bas nak makan seafood kat mana. Sbb Ogy bagi few suggestions tuk gi makan. Budget masih tebal lagi ni. Esok dah nak balik. Mari kita habiskan malam ni jgk dgn makan besar!! Dan akhirnya kami decided (sebab semua jawab … aku tak kesahhhh) tuk makan kat tepi pasar malam berdekatan pasar Filipino tu. Oh ya .. sekadar nak bagi tau ni … kedatangan kami ke Negeri Di Bawah Bayu ni ialah yang pertama untuk Mamabat & Rose, kali kedua tuk Vaart, ketiga kali tuk NHK, kali ke empat buat aku … dan .. entah kali yang berapa puluh tuk Ogy. Jadi Ogy mmg selalu jadi bahan rujukan tuk kami le especially part cari makan. Jom .. mari kita lihat apa yang ada kat pasar malam tu. Kalau tak sedap … siap la ko Ogy.

Kami mintak dreba bas turunkan kami dekat dengan Pasar Filipino dan melintas jalan je gi pasar tu. Wah cenggitu rupa2nya seafood depa jual kat pasar tu. Tak tau nak sexplain. Tengok gambar ni je la ya.


Sotong bakar.


Ikan bakar.


Udang bakar.

Selain ikan, udang, sotong bakar semua tu (ya .. semua dibakar, tak de steam, tak de 3 rasa dan lain2 tu), ada jugak depa bagi seaweed mentah sebagai selingan gigi. Tapi tak dapek den nak hambek gambar seaweed yg berbagai2 bentuk tu sbb camera den buat hal. Dak2 lain pun tak de sorang pun yang teringin nak ambik gambar benda alah tu. Lapar sangat agaknya. So concentrate on makan. Yang sorang tu concentrate kat hp je. Melekat kat telinga 23 jam sehari. Ya .. sejam je dia tidur. Sapa dia tu? Korang agak2 sendiri la. Tak de hadiah tuk yg dpt jawab dengan betul.

Dah kenyang .. merewang2 pulak sekejab kat pasar malam tu. Pasar malam kat sini ni mmg ada tiap2 malam kata Ogy. Betul2 depan Hotel Le Meridien. Walking distance je dari tempat penginapan kami Marina Court Apartment tu. Aku dan Ogy sempat singgah Warisan Square kejab .. ada business kekkeke, yg lain2 semua dalam menempang2 terus balik otel. Sesambil aku nak singgah kedai kasut peberet aku tu. Ingat dah tutup for the day .. eh bukak lagi rupanya. Aku tak jadi beli pun walaupun admire few pairs (tak cukup duit sebenarnya. Hahaha. Huaggggh!) but Ogy rembat sepasang sandal. Terpaksa beli tu sbb dia dah tak de kasut. Takkan nak naik kapalterbang pakai selipar jamban warna merah dia tu esok. Sebelum tu kan … sebenarkan aku & Ogy sempat singgah satu tempat tu. Tapi itu rahsia antara aku dan Ogy je la. Kan Ogy kan .. itu rahsia kita sampai bila2! Hahahah.

Malam tu nak tidur .. asal pejam mata, rasa cam badan terolang oleng. Aikkk mabuk ombak sungai daah. OO … ahhak masih sambung protes .. tidur kat sofa ruang tamu tu lagi. Apa H? Ko nak tau aku protes apa? Ya la ya laa .. aku cerita. Aku protes sebab tak dapat bantal. Ada la orang tu malam sebelumnya tak kasi aku bantal! Duduk sorang2 satu bilik ada dua katil dua bantal .. aku mintak bantal satu pun dia tak kasi. Berkunci pintu … kami ketuk2 mintak extra bantal tu elok2 … tak bukak2 pintu. Dah aku terlelap baru dia campak kat aku. CAMPAK ok! Bukan bagi elok2.. Terkejut aku dari tiduran tau! Alasan … tadi tgh engage kat tepon. Hulur bantal tu kena pakai mulut kut gamaknya kan. Protes protes. (tu dia .. akhirnya terbecerita aku jugak apa sebabnya. Ekkekeke)


Flight balik keesokannya was suppose to be at 3.00pm. As semalamnya aku terjaga pagi ni sbb sapa ntah padam aircond ruang tamu ni. Panassss. Then pagi2 lagi tu NHK & Rose dah keluar pegi memborong tinggal aku, Ogy & Bat yg masih bersarapan. Vaart? Masih membute. Tiba2 dpt sms NHK kata AA tukar flight kita ke pukul 2.00. Dah sudah. Cecepat la kita org keluar jugak gi melilau beli apa2 yang patut tuk dibawak balik. Sehabis merembat segala tok nenek barang kat seluruh pelusuk pasar Filipino tu hingga tiada apa lagi yang tinggal … balik otel, kemas2 dan terus kita org gegas ke airport. Vaart tu sampai ke sudah tak keluar pun. Dia shopping souvenir tuk aweks dia pun dari hasil shoppingan kawan2 yang lain. Nasib baik kawan2 semua ni pen-shopping tegar. Takat kena pau sebiji dua keronsang kristal tu .. mo man taii.

Kat airport ni adalah adegan yang tak begitu menarik berlaku. Malas nak cerita sebenarnya. Bila check in, nama kami tak de dlm list flight pukul 2.00 ptg. Dah sudah. Silap sapa pulak ni? Puas la NHK menunjukkan SMS yg dia dpt dr AA. Budak kat counter tu ttp kerek tak nak percaya & tak nak cek pun. Disuruhnya kita pegi ke kaunter yg lain tuk cek masalah tu. Yang buat marah sgt kat dia sbb dia called us “abusive passanger” bila kami insist nak jugak naik itu flight. Kalau ko kena gitu .. ko hangin tak Fudhla? Tak hangin ke Kak Aya? Ya la .. brapa kali nak tukar flight kan? Masa kita booking dulu pukul 4.00pm. Dia org suka2 tukar ke pukul 1. Kami mintak tukar to a later one. Dibagi pukul 3.00. Pastu pagi2 tu AA informed tukar ke pukul 2.00 pulak. Habis kita org ni nak brapa kali re-arrange bofren, husband, tunang dan kezen kita org tuk fetch nanti kan? Wah hangin hangin. At last .. selepas sabar menunggu (in waiting list ler) .. dpt jugak kami naik itu flight pukul 2.00 dgn keadaan yang sgt kelaparan. Ya la .. mana sempat lunch lagi kan. Jadi .. aku pesan pada kawan2 yg dpt naik flight awal2 tu .. sila cop seat belakang2 ya. Biar dpt makanan cepat. Nak dijadikan cerita … sampai je troli makanan tu kat aku & Ogy … tak de benda lagi yg tinggal melainkan mee segera. Wuaaa .. mak protes mak protes!!! Tak nak makan!. Lantak la … kelaparan akhirnya aku & Ogy sampai ke KLCC tu.

Sabar je la aku dgn AA ni. Tak nak la gi naik AA lain kali. Oh by the way .. masa check in tu .. dgn budak yg kerek tu lagi. Aku sempat cakap kat dia (selepas bagi tau dia that kita orang bukan abusive type of passangers. Ingat kita low class sgt pe ke? Err walaupun cuma naik low class punya flight la kan) … “now … could you please apologize to my friends or else I will report to your management!”. Haa gitu aku cakap kat dia. Terhangguk hangguk dia say sorry to kawan2 ku yg lain.

Gitu la kisah kita orang ni. Tak de le menarik sgt sebenarnya. Kesian korang ternanti2 cerita kita org berafting .. gini je yg aku ceritakan. Kekek.

Akhir kata .. Teesh, Fudhla, Misa, Jane, papa .. dan sesiapa yg ada anak2 kecik tu .. kalau dtg Sabah dan teringin nak berafting ni … aku suggest pegi ke Kiulu yang sungainya lagi tame, jernih dan tempat dia sangat cantik. Pada Kak Aya, Jazz, Eva, H, Hanim dan yang tak nak bawak budak kecik .. try Sg Padas yang lebih adventurous and marvelous. Happy rafting you’all. Bok D? Bok D dah serik dah kan. Awak gi picnic kat taman tasik je la ya. Ilham? Mana dia nak pegi tempat2 gini. Dia bercuti gi gunung2 bersalji .. main ski. Atau gi tepi pangai tengok awek berjemur pakai bikini. Kekekek.

Hingga berjumpa lagi di lain rancangan. Tata!

13 comments:

Hazelsyd said...

Weh..opsss salam landlord dan narrator,

lom abes baca lagi nih.. mengah! kekekek stop sampai part korang ke pasar malam tuh.. esok sambung laks.. hahahahatang gegambo lauk2 tuh nak kena tenung lama sikit kekekeke

weh syok laa aktiviti air nih eks..erm time sumer ok ok syok la kan hehehe best rafting dpd manjat gunung lagik!

ILHAM said...

huhuhu...

wa suker ...best best embun ko yer cerpen...

citer ko beb membuat aku teruja untuk bercuti cuti macam orang orang kebanyakan bercuti...hehehe..

thanks kelian ber6 for sharing kelian yer xpdc experience..that was wonderful indeed...

wokeh , nak baca 2nd round sebab tadik baca lelaju sikit...

vaart!!ko buat apa bantal lebih...hehehe...sesuatuh!!

Hazelsyd said...

okesss abes dah baca, gigih tuh!

sampai ke sudah korang nyer adventure eks sampai ke AA nun kekekeke

ishh vaart ganazz tul ada ker baling jer bantal kat org tengah tido?? *lariiiiii*

Anonymous said...

sian org tu merajuk kena balik bantal hehhe *motif saksi kejadian* larikkkk :)

tq lara....akhirnya our journey dah sampai to the end.... aku bace pun laju2 nanti nk bace balik hahhaa...gelak beso pasal terjun sungai tuh but it was amazing experience lah *rasa lemas kehao* woooo

lepas nih ke mana ..yuk... jogja? jakarta?bali?vietnam?bangkok?hongkong*taknk ada bird flu* hehe? london? dubai hhahhahahaa...

leisure2 okay......daaaaa

vaart said...

saya sayang anda semua! muahhh..

Anonymous said...

at last! yg dinanti dah terbit! *betul ek terbit? hehe*

DL,
aduyai... vaart baru lepas gado kat phone kot masa baling bantal kat u tuu.. hehe ampun vaart!!

but i admire the way u stand up for yourself and your friends... u deserve that apology!! bravo beb!!

and bravo jugak for this cerpen... interesting ah sexperience u all!

Hazelsyd said...

hrmm....

Anonymous said...

oh ye DL... sejak semalam kan i dok pk psl Kiulu tu. just like what u suggested, i might one day take dazz there! *dah terbayang dah sure dia enjoy abis...*

jane said...

salam embun,

lama x tinggai jejak. slalu jadi pembaca senyap ajer...

sronoknya...........nanti2lah ya. dah tak menetek nanti boleh la tinggalkan dak zara nak join p outing nih.

x ajak pun nak ikut gak.x malu!

BokD said...

tahniah vaart, darling dan kengkawan yg berXPDX..sebab tu aku bagi lagu ACDC satu kat korang tajok dia aku lupa..takpun 4U2C..hehe

vaart said...

teesh,

kiulu best for the beginner. makan pon best! ada kambing panggang lagik.

tapi nak lagi best, pergi ulu bendol lah. ada air terjun.

"melawat negeri sembilan bererti melawat dunia"

jane,
hurmmm...kalau ada anak dara tu bawak2 lah sekali. wa buleh tolong jagakan. hehehe.

bokd,
aku nak request lagu ACAP satu kalik!

Anonymous said...

err ekceli meks dah teega ampat kali ke Sabah bah.. huhu..

paperpun tima kasih u ols yg fergi berxpdc bersama2 .. priceless

Anonymous said...

bluueek-ptuuiih.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading bluueek-ptuuiih.blogspot.com every day.
toronto payday loan
online payday loan