Tuesday, November 04, 2008

Hikayat Perjalanan Awek-Awek Seksi dan Jantan Hensem ke KK - Part I

Yaaaa …. DiCobaa …. (Day One)


U olsss ,… mak bersiaran lagi ni u ollsss. Atas permintaan ramai katanya. Muahahaha.

Kali ni mak nak mempergunakan blog deknon ni tuk mak menulis … apa lagi … kisah we all bercuti-cutian ke Sabah lagii. Cam dah sign contract pulak. Asal trip ke Sabah … harus mak menulis kisah perjalanan. Yang hazab tu. (sebenarnya aku yg yo yo oo sangat nak menulis ni. Kekekeke)

(sebelum bertolak ke kota kinabalu, beberapa bulan sebelum trip ke dua ini bermula, saya telah dijanjikan awek berbangsa filipina sebagai teman sepanjang trip ke kota kinabalu kali ini.)

(pada mulanya memang malas nak pergi. tapi bila memikirkan tubuh menggiurkan awek filipina seperti yang saya lihat dalam cerita bawang putih bawang merah, solehah dan sundel bolong, maka saya menyetujui trip kali ini. Apa? Itu cerita indon? Takper, pointnya di sini, awek tubuh menggiurkan. Cukup. Kau faham.)

Trip kali ni, kami pergi seramai 6 orang. Masa mula2 plan … 7 org nak ikut. Tapi tu la .. bak kata Ogy … belum apa2 lagi dah kecundang pulak sorang tu. Yang 6 orang ni pun, 4 orang je yang nak mendaki. Ogy & Bat yang bersamangat tinggi nak conquer the puncak, aku dan Vaart tukang meneman. Vaart kena teman sampai puncak le. Aku awal2 dah cakap aku pegi ni nak leisure leisure. Nak snappy snappy gambo je. Kalau rasa larat nak ke puncak .. sampai le. Kalau tak larat … Laban Rata pun hokkeh je. Lagi dua orang tu non other than the Chief De Mission – Madam NHK dan Rose si peneman setianya, nak duduk kat bawah je sambil berendam2 di kolam air panas katanya.

(Entah apa yang dijanjikan oleh nhk ataupun lara pada mamabat, orgy mahupun rose, maka mereka bertiga bersetuju untuk menyertai penjelajahan pada kali ini. Saya saspek mereka diberi jejaka lombok sorang 3 sepanjang trip mereka ke sana.)

Dlm pada tak niat nak tawan puncak, I ols kena la jugak mem-prepare dari segi stamina kan sbb I ols teringat betapa hazabnya nak habiskan marathon mengengsot sejauh 6km tuk sampai ke Laban Rata dulu selama 7 jam. Aku tak nak la mengengsot sebegitu rupa lagi. Biarla I ol sampai Laban Rata dlm keadaan sihat walafiat hendeknya. Walaupun mbak Ogy dah berjanji nak bawak jamu Asam Urat yang can do wonder to us katanya, mak pegi jugak la gym barang seminggu dua sebelum pegi. Sementelah pulak aku belum pun mempergunakan 1 whole lot of session with PT, jadi aku ambik kesempatan la nak training sambil dibantuin PT ku. Dan aku pun kena torture di gym. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemdian katanya. Err .. nak la mantap sikit .. idok la nanti Vaart asyik merungut terpaksa temankan aku mengengsot dgn pelan2nya. kikikiki

Hmm kami naik Air Asia jerk. Tu la kan. Gelojoh. Tengok harga teket okeh je terus booked. Sekaliiii … dua minggu lepas tu MAS pun buat harga runtuh … harga time kita pegi & balik tu lagi murah tau dr harga AA. Nyosal sikit la. Tapi idok la ambik se-awal pagi cam dulu tu.

Kami samua sampai LCCT on time je. Ada yg menaiki kenderaan awam, ada yg dihantar husband dan anak, dihantar adik, dihantar kawan dan ada yang dihantar tunang yeww!!.



Suasana di check-in counter. Di satu sudut seorang lelaki sedang meyakinkan sang tunang “Sumpah semua perempuan2 ni kawan2 abang je. Dia org tu semua dah kahwin tu Yang. Sumpah abang tak akan buat apa2 kat dia orang tu. Abang akan ingat Sayang sorang je. Sayang jangan la bimbang”



Lihatlah betapa gigihnya 3 orang rakan kami (pandai2 la korang cari yg mana 3 org tu kan) yg berlari2 anak dan bapak nak menge’chop’ tempat duduk untuk 3 rakan yang lain. Dah gitu punya awal masuk … tepi sayap jugeerrkkkkk yg di’chop’nyaaa. Sabar je la.

Selepas memberi kata2 kepastian kepada seorang suami & seorang tunang kepada rakan2 … bahawa kami akan menjaga isteri & tunang mereka itu dgn baik … kami pun bertolak pada pukul 9.30 dan selamat sampai KK pukul 12.00 lebih kurang gitu. Dijemput driver bernama Justin Timberlake. Singgah KK beli sedikit barang2 dan makan. Then sambung journey to Kinabalu Park tempat kita tido ini malem. Singgah sebentar di Nabalu sbb nak menambahkan berat beg .. beli kasut Adidas Kampung yg telah terbukti keunggulan prestasinya sebelum ini – disahkan oleh Vaart. I all menunggu yg lain2 shopping sambil ditemani seekor Chemong yang asyik laaa menggelengser kat I all.



Mamabat gigih menerai kasut Adidas Kampung.
Bat : ee muat tak ya size ni?
Ogy : Yaaa dicobaaa…..
Bat : Aa yg ni muat. Ngam ngam




Mbak Ogy sedang membuat lubang untuk tali kasut Adidas Kampung “tak pernah2 tau beli kasut kena buat lubang tali sendiri!”. Hahaha. Rasaaiiiin loe.



Model-model kasut Adidas Kampung. “Cengkaman mantap, Prestasi superb!” katanya. Gambar hitam putih la ya … sbb photoshop gue nggak bisa mengcoverkan muka. Kikikiki

Sampai di Kinabalu Park sekitar jam .. eh pukul brapa aa? Dalam pukul 4 kut. Justin tak bawak kami ke Kundasang pun. Cuaca pun tak berapa nak elok. Hujan renyai2 je sepanjang2 jalan .. no point jugak pegi Kundasang. Harap2 balik dari mendaki cuaca elok & sampai ke bawah awal, boleh la singgah sekejab ke sana. Soalnya .. Kundasang tu cantik banget sih tempatnya.



En Vaart isi form tuk pendakian sambil diperhatikan oleh Madam CDM ber-enbeg pink ittew.
Mdm CDM : ko tulis nama ko vaart as the leader. Jgn tulis nama Lara. Karang kat Sayat2 karang .. org tanya mana leader .. leader tinggal kat Laban Rata. Malu ahkak tau sebagai CDM.


(auwwwwwwww....haluskan tangan vaart, tak pakai moisturiser ponnnnn.)

Owhhhh .. cantiknya lodge kami untuk ini malem!! NHK & Rose tidur di lodge yg cam tahun lepas yang beberapa langkah je jaraknya dr lodge kami tu – tak brapa best. Oooooo harus akak tidur nyenyak di katil empuk bilik besar udara dingin ni. Nyaman bah. Oh ya … lodge kami diberi nama Nepenthes. Korang tau tak ada nate nepenthes tu? Kalau tak tau .. gi cari kamus. Err kat kamus aku apsal tak de aa perkataan tu? Ya la ya la .. nepenthes tu … ialah periuk kera. We all duduk di periuk kera malam ni ya.



Dua katil yg di-conquer oleh seorang Vaart. Gambar ni diambil sebelum sempat Vaart landing la.



Satu katil yg dikongsi Ogy, Lara & Bat (ikut sususan time tidur. Kekekek). Oh katil dan tilam ini berkeadaan rapi kembali seperti ini juga di waktu pagi esoknya selepas dikemasin oleh orang2 yg tidur di situ.



Bilik ayor yg dikongsi semua org sbb Vaart tak nak pakai bilik ayor di tingkat bawah tu. Degil.

(bilik air bawah tu tak do batang paip. satu kali tu saya terpaksa isi air dalam botol untuk buat bersuci.)


Living hall dan balcony.



Pemandangan balcony unit kami dan balcony unit sebelah.

Lepas mandi dan solat maghrib, kami kemas / asing2kan barang tuk di bawak naik. Mana bag, baju, sweater, stoking, kasut, tit bits yg harus dibawa. Tu diaa … segala tok nenek ubat Bat bawak. Nama Bat tu mmg singkatan untuk Ubat agaknya. Serius .. cam Farmasi bergerak u oll! Alhamdulillah, tak perlu risau sgt la kalau setakat pening atau selesema nanti.

Madam CDM dan Rose joined us tak lama kemdian. And tu diaaaa … kalau Bat tu Farmasi Bergerak … NHK pulak is Tesco Bergerak ok. Makanan yang dia bawak .. selambak. Risau sgt anak2 buah dia ni pengsan kelaparan … habis diborong satu Tesco. I tell you … Tesco Mutiara D’sara tu harus top up stock dia sehari lepas NHK shopping. Hiks. So bertugasan la kami membahagi2 makanan which to be brough up to the mountain and which to be kept by madam CDM tuk hari2 seterusnya. Yo la tu .. esok nanti ntah apa2 yg dibawak ke atas tu ntah. Tengok la nantii.

Dinner kami malam ni ialah … Mamee Slurp .. sponsored by siapa lagi kalau bukan Madam CDM tu kan. Terima kasih Chip!



PICTURE HAS BEEN REMOVED . SORRY FOR THE INCONVINIENCE

Ni pulak .. model model Mamee Slurp! “Mak mentua lalu kat belakang pun we ols tak nampak uols” berkata2 mereka2 itu yang mempunyai mak mentua laa.
Soalan trivia : sila namakan ketiga2 model di atas.




Ni pulak .. dinner nya si Vaart.



Dan ini juga. Kenyang katanya.
Lara : Makkkkk … dia orang main judiiiii!!!


(ya...saya masih tidak berpuas hati kerna mengikut perjanjian, yang kalah round tersebut kena bukak baju. maka jika peraturan ini digunapakai, maka malam itu nhk pasti berbogel. wahahahahahahahahahahaha.)

Oh ya … mbak Ogy telah mengarahkan pekerja kat sini tuk pasang unggun api kat Fire Place tu before that. Terasa la hangat sikit. Cukup la seikat kayu kami bakar. Nak tambah kayu lagi tu boleh .. tapi kena bayar RM10 seikat. Tapi seikat tu pun dah kira ngam2 time je. Lepas makan dia–orang2 tu main “solitaire”. (kikikikiki … aku tak reti la korang main game apa ni. Setahu aku kalau main daun .. solitaire je laaa). Sbb mak bukan kaki judi .. mak layan tengok tv jer nork sementara Rose layan membuta lepas minum jamu Asam Urat sponsored by Ogy. Movie malam tu cita hantu … Ghost Raider. Layan je laaa. Oh ya … itu movie dlm astro ya. Lodge ni .. ada Astro u all. Semua channel pun adaaa!!

Lepas habis puas hati dia orang main judi (ntah ya .. sapa yg menang aaa?), kami berempat hantar NHK & Rose balik lodge dia. Tak brani pulak balik berdua. Tsk tsk tsk. Esok ..turn korang pulak hantar kita org ke kaki gunung tau!

Lepas tu kita orang pun apa lagi … tidur la. Aisehmen … malas la nak mengingati kepenatan yg menanti di hari esok. Kita tunggu je esok.

11 comments:

ILHAM said...

kehkehkeh...

wa suker beb this entry...tergolak bosa den...

nhk berbogel !!..kehkehkeh...adoi..

please jangan tunggu lama lama for bab 2 tau....

wa jelez lar and your chalet tu cantik gilos..

ILHAM said...

bro!!

sapa aweks gambar kat entry sebelum tu bro...sebelum gambar orang utan tuh!! lawa lar bro...wa nak boleh tak ?...

ILHAM said...

kehkehkeh....tunang ko caya abih gan ko ekk bro...kehkehkeh

cemana bro kalau bulan depan tunang ko nak gei gan kawan kawan jantan dia ( semua pun dah kawin gaks) gei sipadan xpdc mancing...hehehehe....

baibun bro....

wa suspek lar ko leh ayat tunang ko...

Hazelsyd said...

hahaahah best la nyahhh entry yg nih!! wendu kat ko tau nyah *bukan ko tau vaart heeheh*

adoihh rupanya bat tu sigkatan ubat eks? kekekekeke

kekeke sambunggg cepat2 tau..mmg menarik! aku nunggu nih!

alo vaart, pekabo? hehe

Anonymous said...

hhahhaaa... nan adolah vaart nk tulis entri nih ...

so the very details :).... awal2 ayat lagi dicubaaaa itu sudah buat mek gelak beso hahahhahaaa

sambung lagi yaaaaaaaa

Anonymous said...

muahahaha....gambo aku cucuk lobang ngan paku ittew sangat la mengujakan hahaha....mamee slurrrp jugak lawa giler...i loike

vaart said...

ilham,
wahahaha. awek tu ontah sapo punyo ontah. aku copy paste jerk! kalau tunang aku nak pergi mancing dgn jantan2 yg dah kawen, aku akan benarkan...tapi lepas tu aku akan ikat mulut jantan2 tu dengan mata kail dorang.

h,
sudahlaaaaaaaa h. awek omputih tu camno?

rose,
giler...aku nak tulis entry yg camni punya details. tu semua kena kerja pompuan tu.

orgy,
aku pun suka gak gambar mamee sluurp tu. cantik kan?

Anonymous said...

vaart, mana pegi itu mamee sluurp..

Bok D

Hazelsyd said...

vaart,

hehehe aku masih dalam proses mencari...mentara tu, ko top up jer wishlist ko tuh kekekeke

Anonymous said...

DL @ vaart... ker vaart @ DL ek? hiks...

more more more pleasseee... *maksudnya cepat2lah next episode tu yer!*

very nicely told! terasa macam i was there too taw! *berangan!*

and lovely pictures too! be it in b&w!

vaart said...

bok d,
sorry heheheheehe.

h,
ye laaaa...aku tau la aku tak hensem. kau pandang aku sebelah mata jerk! tak dapat omputih, negro pon ok gak. boleh lah yea, boleh lah yea?

teesh,
hish...rakus sungguh. hehehehe