Kata penghantar:
Sebagai penerbit yang disukai ramai dan kacak pula, dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa kisah hikayat ini akan di filemkan dengan budget bernilai USD300 juta. Yelaaaaa…ingat senang nak bagi gaji pada pelakon-pelakon? Gaji penerbit pun dah dekat2 USD 100 juta.
Memandangkan watak-watak asal adalah tidak fotogenik, maka penerbit terpaksa mengambil pelakon-pelakon lain sebagai marketing strategi. Dijangka yang akan menandatangai kontrak sedikit masa lagi, nora Danish, putri andreanna syigim, suraya hot fm pon lawa jugak kan? Sapa lagi artis-artis yang lawa-lawa? Watak-watak ini akan muncul bila adegan berkasih-kasihan antara watak hero (penerbit lah tu) dengan awek-awek yang mana ianya akan berdurasi 2 jam 55 minit daripada panjang filem selama 3 jam 05 minit.. Takper, watak awek-awek ini akan dikembangkan dengan baik oleh penulis skrip (penerbit lah tu) bagi memberikan peluang kepada hero bermain cinta semasa di dalam filem juga diluar filem.
Fushar sandar? Dia akan dapat watak gerabak kereta api dari tenom ke apa nama tempat tu.
Watak-watak wanita utama (lara, nhk, orgy, mamabat dan rose) akan diterajui oleh puan rumenah sedek, faujiah nawee, Julie dahlan, azian erdawaty dan wan maimunah (tanpa mengikut urutan nama).
Adegan tembak-tembak dan rompakan bersenjata dan akhirnya hero menang juga akan di selitkan di dalam jalan cerita kerana ianya mempunyai kaitan dengan kisah yang berlaku.
Maka dengan itu, bacalah entry dari lara (mungkin pengarah (penerbit lah tu) akan memberikan rumenah sedek watak lara) dengan hati yang terbuka. Sambil-sambil baca tu bolehlah memejamkan mata sambil menggambarkan keadaan semasa di dalam perjalanan.
Sekian.
Yaaa … DiCobaaaa (Part2)
Yeahhaa. Bangun dengan chirpynya. Best tau pagi ni. Sbb tak yah nak buat serapan bagai. Our packages cum with makan2 katanya. Serapan pagi ni makan stail buffet kat café depan Reception Centre (RC) tu. Apa aaa nama café tu? Balsam Café ek?
Cuaca sangat baik. Puncak gunung jelas kelihatan dan boleh dilihat dari tingkap bilik. Yang paling jelas kelihatan ialah Donkey’s Ears. Low’s Peak tak nampak la. Harap2 cuaca baik begini sampai esok. Bersiap2 dengan kadar segera dan disertai Madam CDM jugak Rose, semua keempat2 pendaki bertolak ke RC lebih kurang pukul 7.30am.
Ogy & Bat dah siap, aku masih terkial2 pasang tali kasut.
Lara : Gie .. ko pegi ni Honda sponsor ke?
Ogy : Dari sini sampai Laban Rata, Honda yang sponsor. Nanti naik ke puncak Rapid KL pulak yang sponsor. Hahahaha.
Are you ready for the show????
Yes, we areeee!!
Apa2 pun .. sarapan harus didahulukan. Spread of foods was very nice. Satisfied sangat2. Ada nasi lemak, mee goreng, French toast & bean, salad, bubur nasi dan macam2 lagi. Tak macam food untuk orang mendaki je rupanya. Pastu climbers dibekalkan dgn lunch pack satu tiap sorang. Malas nak bawak banyak2 .. kami tinggal separuh tuk madam Chip & Rose.
Kan aku dah kata, food dia best. Tu Vaart makan for his 3rd round. Rose pulak… tak ingat aku pinggan ke berapa. Ogy sempat curi French Toast dr pinggan CDM.
Habis makan kami ke RC. Harus menunggu si Rafle pulak. Dia yg kena buat urusan pendaftaran & bayaran kami kat Park ni. Lama jugak tunggu baru dia muncul. Sebelum tu ada satu mamat omputih tanya aku if he can join our group and share the guide. Selepas menanya ahli2 mesyuarat tingkap yang lain … depa kata OK .. mak pun ok jerk la nork. Oh .. sungguh biru mata tadinnit tu. (Vaart .. mesti NHK meronta2 nak ikut kita kan.)
Cuaca waktu pagi sangat cun! Puncak2 gunung kelihatan dgn jelas dari RC.
After bla bla bla itu ini begitu begitu … kami bersedia untuk berangkat ke Timpohon Gate. Malangnya van muat2 pendaki jadi Madam CDM dan Rose tak dpt menghantar kami hingga ke garisan yang terakhir. Dia org hantar sampai pintu van je. Sib baik …. Kalau dak .. harus aku mengikut depa balik nanti. Hahahah.
Pierre yo yo no bersembang dgn si baju hijau.
Guide kami bernama Andy. Umur 28. Madam CDM beria2 cuba nak dptkan Lianty lagi tapi tak dpt. Aku kata .. tak apa .. tak kisah la sesiapa pun … still dia gigih mencuba hingga ke saat2 terakhir. Tu dia .. semangat CDM sungguh. Dan omputeh tu org French. Nama dia Pierre. Oh mak skerrr nama tu. Tengok dari built dia … harus aku tertinggal beratus tiang dgn dia ni kan. Ogy .. kita ni paras bawah ketiak dia je kan? Hahaha.
By 8.30 kami dah sampai ke Timpohon Gate. Dan tanpa basa basi terus start the journey. Baca doa pun sendiri2 laa. Andy kata “kamu pergi dulu. Nanti saya ikut”. Tu diaaa. Dibiorkannya kita org pegi sendiri.
Let us pose together!! Lepas ni belum tentu kita dpt bergambar bersama ramai2kan. Korang dah sampai mana .. aku baru sampait mana kaaan. Kikikiki (awat la aku kena berdiri belah Pierre! Menyerlahkan kebantutan aku jerk)
Ala seminit dua je la kami gerak segerombolan. Atau sekurang2nya berjarak 5 6 meter. Sat gi .. aku dah jaaaauuuuh tertinggal kat belakang. Mendahului di depan of coz la si Pierre. Dgn Vaart. Aku dengar dia org berdua rancak bersembang. Pastu Bat gerak tak jauh dari dia org. Followed by Ogy and aku ler, yg paling corot. Serius .. baru sampai Carson Falls aku dah mengah2. Hellooo … apa niii??? Tak best la penat cam gini ni.
Sampai ke shelter pertama aku dah semput. Yg lain2 dah sampai dulu la of coz dr aku. Sampai2 je si Pierre offer aku pisang. Ya Allah … larat dia tu bawak sesisir pisang. Pisang tu mmg bagus to get instant energy. Teringin nak beli semalam kat Pekan Nabalu tapi Vaart yg kusuruh membelinya tak nak pegi beli. Tho teringin nak makan tapi rasa macam tak larat and macam too awal to eat. Aku gerak dulu tinggalkan dia org. Tak nak berehat lama.
Tapi baru je gerak sekejab … dia org dah potong aku balik. Wuaaa … tak suka la cam niii!!! Kali ni aku tengok Vaart cam dah menjauhkan jarak sikit dari Pierre. Aku tanya kenapa. Dia jawab “eee tak sanggup aku layan dia sembang. Cepat penat la kalau banyak sembang!”. Wahahaha tau takpeerrr. Jadi Pierre mendahului kita org diikuti Bat & Ogy. Aku dah tak larat catch them up la. Lantak pi. Tapi terpaksa la aku tarik Vaart buat peneman. Wahahah. Kemain sebelum pegi cakap kat Vaart “Tak kisah la nanti ko temankan je Bat & Ogy dan tinggalkan la aku masa mendaki. Aku jalan sorang slow2 pun tak pe”. Aik .. sekali rasa cam tak best la jalan sorang2. Masalahnya si Andy masih jugak tak kelihatan walaupun kami dah melewati 3 4 shelter. Mmg serius aku tak dpt saing Bat & Ogy. Bayang dia org langsung tak nampak sejak memotong aku just after shelter pertama tu. Mmg power gila la majic pendant, minyak boxing & jamu asam urat tu. Kekekek
Tengah jalan2 tu kan .. tetiba aku ternampak sesuatu!! Dan lantas ku berbisik pada Vaart “Vaart! Ko nampak tak apa yang aku nampak??” sambil aku menunjuk ke arah sesuatu di dalam semak di lereng2 gunung tu. Vaart jawab dengan darjah kehairanan yang tak kurang dari aku “Ya la Laraaa. Sapa laaa budak bengong pakai beskal chopper naik gunung ni kannn?????”. Tu dia kekawan .. kita org nampak satu beskal chopper yg pedal dia dah patah, tergolek kat tepi lereng gunung. Lantak pi la kan Vaart, mari kita teruskan perjalanan kita. Jauh lagi ni kita kena tempuh. Lantas kami meninggalkan la chopper yg dah bersepai itu. Ntah cam ne la nasib penunggangnya … tak perlu la ambik tahu. kikikikikiki
However, aku tak la seteruk tahun lepas. I could still remember how I stopped every 3 4 steps to catch up my breath, dan tak lepas peluang untuk duduk sekejab dekat batu2 atau akar kayu. This time around I managed to walk all the way up. Tak sekali pun duduk kat batu atau akar kayu. Even I just made stops at only 3 shelters : Kandis (the 1st stop), Layang-Layang (for a short lunch) and Paka (tunggu Andy the guide). The rest shelters, aku passed by je. Sebenarnya Pierre sempat tought me something sebelum tu. He gave me tips untuk mengelakkan kehilangan nafas dgn cepat, dia kata elakkan dari melangkah besar2 dan melangkau tinggi2. Move dgn langkah sekecil mungkin dan melangkau serendah mungkin. Perlahan2 ikut daya. Sepanjang2 perjalanan tu aku ingaaattt kata2 dia. And its worked! Penat memang tetap penat. Tapi daya tahan tu lebih la.
Weather wise, hmmm not so good. Hujan turun renyai2 dari lepas shelter pertama sampaiiii la ke Laban Rata. Infact the whole day tu mmg hujan. Try pakai ponco sekejab. Rasa rimas. Pulak hujan cam reda sikit. Bukak la. Lepas tu hujan turun lagi tapi malas nak pakai ponco balik. Sampai Laban Rata mmg kuyup la.
Sebab hujan, mood untuk ambik gambar langsung hilang. Serius. Tak banyak gambar aku ambik. Infact tak de satu gambar pun sesampai di Laban Rata. Dengan hujan renyai, suhu serendah 11C, cuaca berkabus … apa yg nampak. Tak nampak apa2. I was really looking forward nak ambik gambar selepas KM5 … nan ado apo. Kabussss je. Ferastttt.
Lebih kurang di KM 4 kami bersembang dgn sorang pendaki yg nak turun. Katanya cuaca sgt cantik di puncak pagi tadi walaupun semalam cuaca hujan juga masa dia naik. Cuaca cantik pagi tadi mmg kami boleh nampak jelas dari RC pun. Bukan senang sebenarnya nak tengok puncak2 tu semua tanpa diliputi kabus. Tapi bila start nak turun dari LR hujan dah mula turun balik, sambung budak. She wished us luck semoga kami dpt cuaca elok juga esok. Kami pun doakan begitu.
Our lunch!
Antara gambar flora yg sempat diambil.
Dan ini juga. Tak tau nama kedua2 bunga ni. hiks
Periuk kera @ Napenthes.
Oh by the way, Vaart and I had our luch at Layang-Layang Shelter lebih kurang pukul 11.30 pagi. (Bat, Ogy & Pierre tu ntah. Kul brapa ntah dia org lunch). Sampai shelter ni ½ jam awal dr our expectation. Good Job! Makan sikit je. Ntah kenapa tak berminat nak makan sgt. Lepas tu kami gerak tak berenti hingga la ke shelter terakhir Paka Shelter. Sbb Vaart nak tunggu Andy. Kasut spare dia kat Andy. Kasut yg Vaart pakai dah hampir terkopak. Kami tak pakai kasut Adidas Kampung lagi. Adidas Kampung tu kami beli as spare shoes sebenarnya. Dan kat situ aku dah start rasa pening dan macam nak demam. Tapi ubat ubatan semua kat Bat! Sekali Vaart tanya satu brother yg sama2 berenti kat situ kut2 ada Panadol. Panadol tak de, ubat demam ada katanya. Belasah laaa. Aku telan jugak la. Terima kasih brother.
Lepas tu … lepas tu kaaan … aku tinggalkan Vaart begitu sahaja! Hahahaha. Selepas aku serahkan back pack ku kepadanya .. aku cakap “aku gerak dulu la. Ko tunggu je Andy ya”. Habis tuuu .. si Andy nya tak muncul2 jugaaa. Aku malas la berlama2. Dan berjalan la aku sorang2 pelan2 sejauh 800meter tuk sampai ke … taraaaaaa … Laban Rata!!!! I ols sampai sekitar jam 1.45pm hokeh. Yeahaaa 5 jam lebih sikit je kehazaban aku tuk kali ni. Dan Alhamdulillah sampai dgn sihat sejahtera. Penat tu mmg la ya ampuun.
Ponco Kuning : weiii!! Aku tak mau naaikk!! Aku nak balikkk!! Aku tak sanggupp!!
Ponco Hijau : eiii sabar la. Aku tengah pikir2 ni. Nak naik ke nak patah balik.
Eeeeiii tak sanggup tak sanggup. Nak turun la cam gini. Keja gila tu nak panjat sampai atas!
Hahaha .. ni mmg gambar org turun dari puncak lerrr.
Vaart : ffuuuuuuuhhhh! Finally .. I’ve made it to the puncak!! Yahoo!!
Lara : weiii ni baru KM4.5 laaa. Banyak KM lagi kat depan tuuu. Jalan cepat!
Sebelum sampai ke Laban Rata Rest House, melewati la Waras Hut tempat penginapan kami tuk ini melem. Teriak2 jugak nama Bat & Ogy kut kut mereka berdua dah masuk situ. Senyap je. Masih melepak tunggu kita org kat café la tu. Ya betulll!! Ya .. mari beri lambaian ratu kepada mereka!. Ogy cakap dia org pun baru sampai about 10 – 15 mins. Yang bestnya … aku sampai2 je dia org terus offer kopi panas! Sedap sangat la tu. Baju basah lenjun ok. Bandana leh siap diperah2 lagi. Ni kalau baju tak kering ni .. esok nak pakai baju apa?? Mula la panik kan. Pierre pulak dah masuk dorm dia .. kata Ogy.
Lebih kurang 10 min kemdian Vaart pun sampai. Then lepas minum, lepak2 sekejab kami gegas ke Waras Hut yg terletak lebih kurang 100m arah ke bawah dr Rest House tu. Terpaksa berkogsi bilik la kita org berempat. Aku chop katil belah bawah. Waras Hut ada dua pintu je. Sapa ntah duduk bilik sebelah kita org pun tak tahu. Each bilik ada dapur dia sendiri. Bilik air & toilet dia kat luar. Kena kongsi. Alaaaa tak se-best Gunting Lagadan laa.
Mandi mandi (eh aku mandi ke tak aa? Ke kita pi basahkan ketiak je aa Ogy? Kakkaka. Sejuk aaa. Water heater rosakk!!), tukar baju, solat, membuta jab, by 5.00pm kita org naik Rest House lagi tuk makan malam. Cuaca still lembab dgn hujan renyai2 lagi. Jangka suhu kat depan Rest House menunjukkan angka 10C. Makan buffet jugak. Spread of food was marvelous! I love the kambing black pepper ituuu!!!!! I want more!! Tu dia tak hengat sgt. Dan Ogy menjamu kami semua dgn Jamu Asam Uratnya. Sorry .. no pic di persekitaran ini. Kan aku udah bilang, mmg tak de mood dah ambik gambar. Terjumpa Pierre. Dia tanya esok start mendaki pukul brapa. Ni mesti si Andy tak gi tahu dia ni. Aku suruh dia siap sedia by 2.30am esok dan tunggu Andy datang di Gunting Lagadan. Dia mmg duduk di GL tu. How I wished we stay there. Pemandangan dari situ much more beautiful. Kat Waras Hut tu tak nampak apa pun. Don’t wait for me occay Pierre, cos I am not going to the summit. Wahahahahah. Ya kawan2 … sampai2 je ke LR aku dah decided tak nak la daki sampai puncak. Tak suka la dgn cuaca hujan gini. I cant stand extreme weather :P~~~~.
Lara : Gie … aku tak nak naik puncak tau esok.
Ogy : Rugi la wei.
Lara : Tak larat laa.
Ogy : Yaaa … Dicobaaa ….
Memang betul macam rugi dah jauh2 datang, dua kali try .. tapi tak nak pegi puncak. Vaart & Bat mengingatkan aku akan ugutan Ilham “weiii Ilham kata ko sanggup memalukan diri tuk dua kali tauuuu!!!”. Ye ke? Hehehe .. biar la. Aku tak kisah pun. Aku mmg muka tak malu. Kahkahkah. Alaa serius laaa … tak sanggup la nak mentoture diri sampai cam gitu sekali. Aku respect la pada Ogy, Bat & Vaart .. sanggup buat semua tu. Mantap to Joe!!. Walaupun hasrat hati nak ambik gambar banyak2 & lawa juga tak kesampaian, tidak sedikit pun aku kesalkan. Dah tak de rezeki. Still I enjoy every moments of this adventure. Vaart … kalau aku datang lagi tuk ambik gambar .. ko nak temankan aku takkk?? Aiyoo bunyi macam belum insaffff jeee.
Malam tu time tidur aku dah dengar bunyi angin bertiup kencang sgt sesekali. Aku mmg tak kisah, tapi kesian Ogy & Bat yg nak sgt sampai puncak. Kalau cuaca berterusan buruk, hujan lebat .. mau tak dibenarkan naik ni. Cuaca mesti sejuk gila. Even semalam pun katanya –6C kat puncak tu. Doakan yang terbaik je la. Harap2 janganla hujan.
By 2.00am terjaga bila terdengar Ogy & Bat dah bangun. Bat & Vaart mengadu cerry berry. Ayoyooo. Puas la depa memujuk aku untuk ikut naik. Sorry … mak tak makan rayuan gombal ya u ols. Keputusan mak muktamad skals. Kekeke. Jadi aku pinjamkan apa2 barang yang patut pada kawan2 tu. Baby tee, arm warmer, snow cap (yg dipinjam dr NHK) dan wind breaker pada Bat, glove pada Ogy dan stoking yg ku pakai terpaksa ku bukak jugak tuk dipinjamkan pd Vaart yg .. hellooo boleh tak stoking spare dia lupa nak bawak naiikkk?? Very der tau. Jadi Ilhammmm … aku ada alasan bagus kan .. kenapa aku tak naik puncak? Sbb barang2 aku habis dipinjam kekawan dah niii. Kekekek. Apa? Ko nak suruh aku naik puncak pakai pijama je???
Kul 2.30 depa keluar tuk start mendaki. Aku … sambung tido. Tapi by 3.30 … ayoyooo .. ahkaq cerry berry u olllsss. Tak keruan. Toilet kat luarrr. Hujan renyai2!!. I all by myself! Terpaksa nii terpaksaaa. Pastu .. pukul 4.30 sedang sedap tido .. sakit perut lagiii. Tgh dalam toilet …. Letrik mampus!!! Wuaaaaaaa!! Nightmare tul. Sib baik bawak handphone .. boleh la buat suluh2 sket. Lagi skali terpaksa masuk toilet at almost 5.30. Cuaca dah cerah sikit. Nasib baik aku tak ikut naik kan. Kalau ikut tadi macam mana laaaa agaknya? Ni mesti penangan Asam Urat ni.
Adoiii laaaa.
10 comments:
hehe itulah nampak gayanya our racun roundup tak berjaya kans.. takpa lain kali vaart ngan rela hati rite tuk jadi peneman setia katanya.. *maks speku no*..
DL,
huh! best la beb citer ko nih, mmg best! huhuuu
banyak sgt checkpoint entry nih yg aku terkukik-kukik gelak dimulakan ngan mukadimah si penerbit! kekeke
vaart,
utk komen previous entry.. bila masa aku pandang ko sebelah mata?? siap cari kanta lagi nak teropong gambo ko tuh!! kekekeke
ni bargain nih, awek org asli camno, mau ka?? hee hee hee *peace*
apa2 pong, congrats laaa all of u guys!! aku nantikan pulak water rafting nyer citer!!
wahh bat!! semasa aku sedang mengarang komen, ko dulu yach yg me-ngomen!!
harus.. Biwi number one..*opsss*
hahaha... i like this entry too!!
i want more more more... hehe...
cepat2 ek DL@vaart, upkan next episode yerk!
like hazel said, the water rafting episode!
owh betullah ada chopper patah pinggang tergolek kat situ ek? hahaha...
muahahaha...ok la aku amik azean erdawaty lerrrr pelakon air mata tuh hahaha...rumenah sidek sgt kena ngan lara kan kan kan hahaha...cafe balsam yach...balsam aku jek yg lupa ingatan tulis menda lain huhu...psst beb...kita basuh ketiak jek beb..lps sari setengah baru mandi beb hahaha
hahahhahaa... harus kuat berdekah2 aku gelak nih Lara.... :)
aku pun membayangkan kegigihan keazaman kekuatan u ols nak naik puncak...we al pulak berendam air panas dan rilex2 di bilik occay... :)
mek pun cherry berry occay.. asam urat yg sedapppppppp.....itula...sebab udah dicobaaaa kan...
cepat2 hapdate water rafting lak.... ada berapa episod nih... ado telenovela 60 episod? hahahhaaa
hampeh punyer penerbit banyak sgt suntingan suntingan dan potongan lembaga penapis..hehe..
Bok D
kehkehkeh!! best!
tu dia penangan asam urat..power eh abis semua cherry berry..hehe.. abih kalau tgh memanjat tu cherry berry mcmano ekk???
sonok baca beb..tahniah kat kowang semua
vaart, yati sehat?
mak hayam,
tak hingin den der untuk lain kali.
h,
water rafting tunggu lara buat dulu. tgk berita tak? sg. padas air naik, habis beaufort banjir. haaaaa...sg tulah kita orang rafting ari tu.
teesh,
i like juagak entry ini. pasal i pun ada tulih jugak...kehkehkeh.
orgy,
aku rasa cafe tu kena tukar nama sbg asam urat lah. baru kau ingat.
rose,
mesti kena ada 65 episod. kisah cinta terhalang belum masukkan lagi ni.
bok d,
taknak suntingan tgk cerita maria ozawa @ benjin sora aoi lah. keh keh keh. itu pun dia sensor kat tempat2 tertentu jugak.
mrLL,
yati mano lak ni? hehehehehehe.
Post a Comment