Jam 2.15 pagi tetiba mata cantik saya dah terjaga. Tak berapa nak pasti pulak jika terjaga ni disebabkan dikejutkan oleh budak-budak pompuan tuh ataupun perkara lain. Hermmmm…saya “tido” bersama awek-awek tuh, brader. Hahahaha. Kalau cikgu saya tahu mesti dia marah saya pasal tak buat apa-apa kat dorang.
Penangan asam urat memang pedih brader! Saya tercirit pukul 9 malam tu. Mula-mula saya mimpi. Tak ingat pulak mimpi apa. Rasa gelisah jer. Tetiba cirit birit menyerang. Melompat saya dari katil atas ke bawah dalam keadaan teratur dan senyap tapi pantas. Amek kunci bilik, yelaaa…dah la kita dekat hutankan, kalau tak kunci pintu dari dalam nanti takut apa-apa terjadi kat dorang yang tidur dalam kabin tu pulak. Sian dorang, laki jauh, bopren jauh. Oh ya, saya bawak sebatang rokok bersama, tak hisap rokok tak buleh brader, berak rasa tak mau keluar pulak walaupun perut kau dah sakit sangat rasa macam kena hentak dengan hammer 400 kali.
Lara tetap jugak takmau nak ikut naik ke puncak. Betul brader, tak pernah saya jumpa orang yang dua kali gagal nak panjat gunung. Macam mana agaknya yea, dia nak cerita kat orang kampong pasal tak naik kali ke dua ni. Dengar cerita orang kampong siap tumbang kerbau lagi buat kenduri untuk si lara membawa nama kampong ke puncak gunung tuh. Kena bayar balik lah agaknya harga kerbau tu yea?
Oh ya, lupa pulak saya nak cerita. Kangkang track saya tu koyak pulak, lebar pulak tu. Nasib baik ada pakai something untuk menghalang pemandangan dalam track dilihat oleh orang luar. Kalau tidak bertepuk tampar kegembiraanlah orang yang berjaya melihat terus ke dalam track saya ni. Free showlah katakan. Yang ruginya sayalah, pasal tak kenakan tiket. Kalau terus jugak dipakai untuk naik ke puncak dengan track koyak ni, maunya “mr. john, jonny, jonathan tararam…ram..ram..ram” saya jadi macam chicken frank dekat the store semenyih tu lah gamaknya. Ada ais melekat.
Nasib baik mamabat ada bawak seluar apa nama tu yang macam tight tu. Haaaa…yang itulah. Saya pinjam dari dia, campur pulak dengan baju sejuk yang dibawa dan juga baju sejuk yang di sewa dari kedai kat raban rata. RM10 jek, brader. Saya amek pun lepas brader kaunter tu cakap baju ni the best. Best apa, siap ada koyak lagi kat lengan. Tapi kalau cakap banyak kang kena hentak pulak dengan brader kaunter tu nanti. Dah la bayar RM10 jerk. Banyak songeh lak kan? Setoking saya basah. Dahla bawak sepasang je pulak tu. Saya dengan ganas merampas stoking tebal dari lara untuk saya pakai. Sapa suruh tak naik kan?
Kemudian saya dan mamabat juga orgy, mula lah melangkah pelan-pelan menaiki batu-batu menuju ke laban rata. Masa tu pun keadaan agak gelap. Memanglah gelap. Pukul 3 tu brader. Nasib baik ada lampu suluh kecik saya beli kat uptown di kota itu hari. Headlight saya tahun lepas sudah tidak lagi berfungsi. Orgy dan mamabat berlenggang jer naik. Ye laaa, dah semua barang di sumbat dalam beg saya ni. Kami pun selamba badak jer follow satu group yang ntah kuar dari celah banir mana ntah menuju ke tempat perkumpulan di gunting lagadan dari laban rata. Kemudian, guide group tersebut tanya,
“sapak namak guide kamuk”
“andy”
“mungkin dia ada di dalam rest house di raban rata. Kamu pergi carik dia dulu”
Oleh yang demikian saya suruhlah si mamabat dan orgy pergi naik dulu ke gunting lagadan dan saya pergi mencari guide kami si andy tu. Ewah, ewah…sedap jer si andy tu minam kopi panas lagi kat atas meja.
“nasib baik kamu datang carik saya” kata si andy. “Si piere bagitau kamu semua sudah pindah bilik, tak mahu duduk di waras hut lagi. Saya pun tak tau macam mana nak carik kamu lagi. Itu yang saya duduk kat sini. Harap-harap kamu jumpa saya.”
Pulak!
Takmau cakap banyak, saya bagitau sama si andy, kami naik dulu nanti dia kejar sama kami. Sampai di gunting lagadan ada lah satu grup tu berkumpul sambil membaca doa. Disebabkan saya tahu membaca doa berbuka poser sahaja, “nawaitu rafa’a hadasil…errr” maka saya pun join mengaminkan doa mereka itu. Aminkan doa beramai-ramai ni lebih afdalkan?
Selesai berdoa, kami mula mengorak langkah. Seperti tahun lepas jugak naik saja, batuan menjadi mainan kami. Bilalah agaknya mereka nak ratakan tempat ni? Tak payah susah-susah nak panjat lagi. Tapi itulah, orang tak suruh pun kau naik gunung kinabalu, kau naik jugak. Pahadal kau boleh melessi-lessi kat hotel-hotel kat mana-mana. Dah kau carik susah. Mendapatlah kau.
Si andy bagitau “kamu jalan dulu saya mahu cari si piere dekat bilik dia”
Saya pun tak berapa nak pasti bila hujan mula turun. Sejuk ya amat. Sedang berjalan-jalan tu tiba-tiba si piere dan si andy menyusup kat belakang. Cepat gilak dorang sampai. Pada masa itu orgy dah kat depan dah. Sama macam si gadis pengangkat air masa kecik-kecik dulu (entry tahun lepas), menonong je ke depan. Saya membuntuti si mamabat bergerak pelan-pelan menuju ke sayat-sayat. Ye la sampai dulu pun bukannya dapat hadiah pun kan? (ayat menyembunyikan kelemahan diri)
Sampai kat sayat-sayat orgy dan piere dah menunggu dah. Tak lama rupanya dorang sampai. Saya ingatkan dorang dah sampai puncak dah. Lepak kejap barang 15-30 saat, sambil-sambil minum air dan kemudian kami berempat meneruskan perjalanan.
“where’s your wife?” Tanya si piere.
“sorry?” saya Tanya balik. Bila pulak aku kawen dengan anak orang ni?
“where’s your wife?” Tanya dia lagi.
Aku dah agak dah dia Tanya sapa. “she’s can’t make it” kata saya.
Mendapatlah aku, aku sudah berpunya katanya. Jatuh merudumlah saham aku lepas nih. Baik saja mendengar kenyataan saya tu dia terus menyusup ke depan dengan si orgy. Agaknya si orgy ni macam si nhk jugak, bersemangat sungguh bila dapat mamat foreigner jadik peneman. Semangat lain macam.
Masa itu hujan dah turun dah. Ya rabbi sejuk giler. Baju saya dah kuyup dah. Ye laaaa, apa di harap pada baju berharga rm10 kan? Basah jugak brader, boxer pun basah jugak tau. Nak bercakap dengan si mamabat pun tak ketentuan dah butir bicara. Gegegegegege je bunyi dia.
Hingus mengalir? Saya dah tak peduli dah nak sapu. Mengalirlah dia menuju ke dagu sambil sekali-sekala terjilat hingus sendiri kat tepi bibir. Masin. Kalau sempat tu hembus jer hingus kat sarung tangan. Lepas tu boleh lupa ada hingus kat situ, bila air hujan kena muka terus lap muka dengan sarung tu. Geli lah pulak.
Kejap-kejap mamabat Tanya “dah dekat ke vaart?”
“dekatttt sudah” saya jawab. “sebalik batu tu jer” batu mana pun saya tak tau.
Kemudian tu cirit-birit saya datang menyerang kembali. Sakit brader, macam kena hentak dengan piling punya machine. Dah tak tahan sangat dah. Kawasan itu pulak, takder batu-batu besar yang boleh kita nak menyurok sambil terberak. Dah tak tahan, saya kata kat mamabat.
“bat, kau jalan dulu. Nanti aku kejar. Aku dah tak tahan sangat dah ni”
Berlarian lah saya terpisah dari line dan mencarik kawasan yang buleh saya melepaskan hajat. Nasib baik gelap, takder lah orang nampak saya berak kat celah-celah batu tu. Cepat-cepat saya keluarkan air mineral dari dalam beg, menggigil bukak penutup dia, terus londehkan seluar, mencangkung dan tiba-tiba buntut saya di sapa angin sejuk berserta dengan hujan. Mak aihhhh! Sejuk gila!
Secara automatic saya tarik balik seluar dan tak jadi berak. Ikat seluar, terus berjalan masuk balik dalam line. Tak berapa jauh berjalan dah jumpa balik mamabat. “tak jadi berak, sejuk” kata saya. Mamabat diam jer. Entah-entah dia pun tahan berak jugak. Sebab dia pun bangun berak jugak jam 12 kalau tak silap. Alah kalau berak dalam seluar pun bukan orang tau. Hujan lebat tu brader. Automatic kita buleh berintinjak. Kalau mahu ler. Kalau tak mahu, tahan jer lah. Macam yang saya bukan sekarang. Maksud saya bukan sekarang. “sekarang”. Tak paham? Alah kau buat-buat paham dah ler.
Bat Tanya lagi dah dekat ke belum? Saya kata dekattttttttt sudah. Dekat mana? Tu depan tu. Saya bukan hari-hari datang nak tau berapa jauh lagi nak sampaikan? Saya pun berjalanlah slow-slow bagai himar sambil-sambil tengok si mamabat. Tengok-tengok dia ok ke tidak. Bila ribut kuat sangat, kami stay sambil berdiri takut-takut diterbang kan dek angin pulak karang. Macam daki everest brader!
Akhirnya keseksaan ini bakal berakhir bila nampak ada umat kat atas batu tu. Sikit jer lagi nak sampai.
Bat bagi tau “ aku tak larat dah. Kau naik jer lah. Aku tunggu kat sini”
saya terus naik dan nampak orgy tengah berdiri kat atas batu tu tunggu kitaorang.
Saya jerit “orgyyyyyyyyyy!”
Tak larat nak jerit lidah dah sejuk dan kelu. Terus buat bahasa isyarat pakai tangan.
Maksudnya “bat tak nak naik dia tunggu kat bawah”.
Orgy macam paham-paham bahasa isyarat saya tu.
Terus jerit “ kamera!”
cheh! Paham pebendanya tu.
Saya pun naik dan bagitau bat tak naik. Sekonyong-konyong tu tetiba kami nampak bat naik pelan-pelan. Dannnnn akhirnya kami dapat bergambar dekat dengan papan tanda low peak. Muka dah macam gampang dah masa tu. Nak senyum pun malas. Dapat snap sekali, terus turun bawah. Bat kata kalau dia stay dekat situ lagi sejuk. Itu yang dia pun ikut naik sekali. Ye laaa, kang kalau dia stay kat situ pastu tiba-tiba bertukar jadi ais kang lagi lah payah kitaorang nak bawak dia turun kan? Nasib baik dia gunakan gerak hati dia yang betul.
Turun dari situ, hujan masih lagi turun dengan lebat beserta angin kencang, kapal terbang air asia pun tak laju macam tu. Saya agak ler. Satu kali tu saya dan mamabat terpaksa berlari berlindung dekat batu sebab angin kuat sangat. Tengah-tengah berlindung tu orgy datang terhuyung hayang kena tiup angin. Saya terus cekup dia dan bawak duduk tepi batu. Dah ler orgy kecik-kecik macam tu kang kena terbang angin kang esok tengok-tengok dah sampai rumah dia. Payah lah pulak nak explain kat laki dia macam mana jadi lagu tuh nanti.
Ada satu pemandangan yang cukup cantik bagi saya yang terjadi waktu tu. Tepi gunung yang curam tu, kita nampak titisan air yang dari bawah gunung woooos! Pergi ke udara. Memang cantik. Saya tunjuk kat bat benda tu. Nak ambik gambar? Takde mood. Kan dah muka kitaorang macam gampang masa tu. Ingat nak turun jer. Jalan punya jalan tiba-tiba bat terkelayak. Nampak buntut dia jatuh dulu pas tu kepala. Weng sekejap kot. Si andy terus papah dia dan jalan pelan-pelan. Rasanya kasut si bat ni tak dapat mencengkam batuan yang licin tuh. Sempat lagi saya toleh pada orgy dan kata “adidas kampong is the best!” dengan memek muka si orgy mengiyakannya. Letih sangat agaknya.
Sampai di sayat-sayat, cirit birit saya menyerang tanpa kesian. Kali ni berganda-ganda sakitnya. Mesti dikeluarkan! Kalau tidak kena buasir nanti. Tapi malangnya kena beratur dulu, pasal ada mamat dalam jamban tu pun berak jugak! Dia ni pun makan asam urat jugak ke? Punya laaaa lama tunggu. Tak kuar-kuar jugak. Saya suruh orgy dan bat jalan dulu dan andy tunggu saya. Saya dah rasa menyampah dah, sampai tumbuk dinding pondok sayat-sayat tu. Hamper putus asa, saya kata kat andy. “jom andy, aku dah malas nak tunggu dah.” Habis jer cakap mamat terakhir masuk tu keluar jugak. Berlarian saya saya masuk dalam tandas tu. Sungguh! Dalam banyak-banyak kejadian berak sepanjang hidup saya, berak inilah yang paling nikmat dan melegakan.
Habis semua, kami menuruni batuan-batuan yang awalnya kami daki. Tak jauh depan tu dah jumpa balik si orgy dan si bat dalam grup depan yang jalannya memang lembab. Potong punya potong akhirnya kami touch down dekat gunting lagadan. Nak jugak tunjuk dekat mana si lara patah balik tahun lepas tapi tak ingat kat mana tempat dia. Nampak macam sama jer. Turun ke laban rata tengok si lara dah ada dalam café. Tu dia, orang tak naik dah ada dalam café tak sabar-sabar nak makan katanya. Dia kata dia pun berak-berak jugak. Terpikir jugak, kalau dia ikut naik pastu dia terberak-berak, sampai ke sudah tak sampai ke low peak. Kita ke tepi semak jer la nampaknya.
Lepas makan turun ke waras hut, sediakan air panas nak mandi. Tu dia, dorang ni baru nak mandi setelah dua hari tak mandi. Selepas pack semua barang-barang, saya pun hantar kunci ke laban rata dan terus menuruni lereng nak turun ke bawah. Punyalah lama minah tu bersiap sampaikan saya turun dari laban rata dorang baru nak gerak turun. Saya kata saya nak lari turun ke bawah. Tengok jam menunjukkan 10.30 pagi. Saya pun lari-lari anak menuruni gunung. Gagah! Saya target nak buat masa kurang dari 3 jam sampai di timpohon gate.
Setiap pondok sehingga layang-layang saya berjaya buat seperti yang di rancang. Dalam 45 minit. Selepas layang-layang , kaki saya dah mula melecet di bahagian tepi, bahana getah keras adidas kampong. Saya sudah mula mengurangkan kelajuan berlari. Pedih sial! Rasanya sampai dua pondok selepas layang-layang saya berhenti agak lama sambil-sambil pau rokok mamat yang ada kat situ. Mamat tu jugak yang offer rokok pada saya masa dekat laban rata masa saya hantar kunci tadi. Rokok semua dah habis basah kena hujan masa naik ke puncak pagi tadi. Saya pakai balik setokin yang saya curik ambil dari lara untuk mendapatkan keselesaan yang lebih. Tak lama lepas tu saya nampak si bat sampai, cepat gila! Rupa-rupanya dia meninggalkan si lara dan orgy kat atas lagi. Kebuluran rupanya si bat. Saya tinggalkan dia dengan sedikit makanan. Dan saya menyabung perlarian saya. Lupa pulak saya nak bagi bat air.
Hujan turun balik dengan lebat. Baju yang sedia kuyup bertambah lencun. Larian pun dah makin kurang. Jumpa satu family cina sempat bagi tips, better makan ubat yang banyak dan urut betis-betis dengan minyak urut. Maklumlah kan dah experience giler dua kali berjaya tawan gunung kinabalu. Melopong family tu dengar pasal hujan lebat kat atas puncak. Tapi saya takderlah suggest pada mereka makan asam urat. Saya tak kejam macam tu.
Akhirnya saya touch down di timpohon gate tepat jam 1.45 petang bersertakan dengan hujan lebat. Terus saya buka baju dan perah airnya. Mamat dari sabah yang datang amek gambar bersama-sama aweks-aweksnya tegur, “u tada sejuk kah? hujan banyak lebat oooo” kalaulah dia tahu kesejukkan atas gunung pagi tadi tentu dia tak Tanya soklan tu. Saya sengeh saja. Tengah-tengah order neskepe panas sekonyong-konyong tu nampak si bat tengah slow motion naik tangga dan touch down jam 2.20 petang. Not bad for the first timer. Belikan dia neskepe panas untuk memanaskan badan. Dan 10 minit kemudian lara menapakkan tapak kakinya di timpohon gate. Not bad indeed for the non climbers. Memecahkan rekod peribadi miliknya yang dibuat tahun lepas. 10 minit berselang si orgy pun mencukupkan bilangan orang yang naik ke gunung dua hari lepas kepada 4 orang.
Maka kemudian nhk dan rose telah menjemput kami di timpohon gate dan terus ke reception area bagi acara kegemaran semua, iaitu makan-makan sebelum bertolak terus ke kota kinabalu untuk menginap di marina apartment.
Tunggu lah entry dari lara pulaks untuk white water rafting di sg. Padas.
21 comments:
keh keh keh muka cam gampang yach..
any tq tq tq deknon *seriusly neh come deep from inside*
tapi meks idakler rasa nak terveraks sepanjang perjalanan tuh
weh vaart,
baru baca sikit.. tapi macam u citer kat brader tu sorang jer!! tak kira nak baca gak citer nih!! hehe...
okay... nak sambung baca lagi...
so far so giler best beb!!
cemanapun mesti ada taw citer hingus!!! dijilat lagi tuu.. yackk!!
vaart... kekawan opis i tanya apa yang gelak sorang2 ni... adoih takleh tahan gelak!!!
depa suh share.. tapi i kata nanti minta permission kat author dulu!! leh ker?
tapi i tak bagi nyer...
batt jadi ais??? hahaha
wah... best citer ni... kelakar & detail giler!! hehe...
tapi sian batt... what an experience huh!
apapun... syabas to all u vaart, batt and orgy!! of course to DL too walaupun tak smp ke atas, im sure DL enjoyed herself!!
syabas.. u all!
hehehe... byk comment i ek? giler kuasa? nak jugak!! hiks
Ya Allah!!! rupa2nya aku boleh laaaa post komen kat tempat ko ni Vaart.
kikikikikiki
Lara
hahahahaha..den pun golak gilo!!!
citer ni menjawab persoalan yg bermain di fikiran wa.. mampukan kowang melawan penangan asam urat sepanjang perjalanan ke puncak tuh.. ternyata sungguh azab!
aisey brader.. sejuk sangat ekk sampai tak jadi nak berak ..kehkeh
power tul asam urat!!
Vaart,
huh! dasat!
asam urat ni aper benonyer? asam masin ka? power siot sampai perot korang sumer reject tuh!
aduhaii tang sakit perot tuh wat spoil eks hehehe
muahahaha....wa baca macam nak giler dah nih...dok sengih sorang-sorang nih sebab tetiba tingat balik semua keazaban ittew muahahaha...sumpah akan di consider lagi kalau nak pegi hahahaha...wehh nampak gaya..aku kena supply asam urat nih, banyak sungguh pertanyaan nih..power gitu...tapi yang pentingnya...akusorang jek yang makan asam urat tapi takde kena hentam ngan sakit pewot huhuhu...power kaw kaw kan aku dah kata hahaha...
bat,
den terima ucapan terima kasihmu itu dengan ucapan den sendiri. kasik-kasik ler 30 sen ker, gula2 hacks 4 bijik ker.
teesh,
awek ada tak kat lam opis u tu? sila letakkan nombo tepon dia di sini. pengarang mahu mengajaknya tengok citer quantum of solace.
lara,
huh saja lah tu.
mrLL,
aku gembira cerita ini dapat memberikan kau gambaran yang sebenar tentang asam urat.
H,
harga asam urat orgy akan tolak 3.20 sepeket setelah ditambah dengan komisen aku maka aku tolak kat kau 7.20 sepeket. setiap 10 sen dari hasil jualan akan didermakan di rumah urut terpilih.
orgy,
nanti ngko jual kat aku asam urat sepeket 70 sen dah ler yea? aku dah bagitau h kau tolak kat aku 3.20 sepeket.
vaart,
hahahahah ko nih!! apa aku nak buat ngan asam urat tuh?? *sunggoh sesuatuh!!* kekekeke
assalamualaikum...
hahahahaha....
hehehehehe....
hohohohoho....
sabar jer la...
da bom!!!
entry nih
bro!!...
kehkehkeh...aku rasa minah tu buat buat sakit perut sbb tamau naik sampai puncak...
hehehe..kalau org nogori kono masuk suku,orang jawa kena panjat suku pulak....heheheh..baibun embun..
love your entry and the two previous entries two...well done gengarine...
vaart!! cukup ccukup lah ko panjat gunung tuh, jgn honeymoon pun ko bawak bini ko panjat gunung jugak...enuff enuff lah ke low peak tuh, panjat lah twin peak pulak...ahaks ahaks...
aku musykil neh...ngapa NHK tamau naik lagi arr...ko buat apa kat dia the last time kowang sampai climax..ehh climax pulak..sampai puncak....hehehehe...
regardless, well done kengkawan..
bro!!...
kehkehkeh...aku rasa minah tu buat buat sakit perut sbb tamau naik sampai puncak...
hehehe..kalau org nogori kono masuk suku,orang jawa kena panjat suku pulak....heheheh..baibun embun..
love your entry and the two previous entries two...well done gengarine...
vaart!! cukup ccukup lah ko panjat gunung tuh, jgn honeymoon pun ko bawak bini ko panjat gunung jugak...enuff enuff lah ke low peak tuh, panjat lah twin peak pulak...ahaks ahaks...
aku musykil neh...ngapa NHK tamau naik lagi arr...ko buat apa kat dia the last time kowang sampai climax..ehh climax pulak..sampai puncak....hehehehe...
regardless, well done kengkawan..
cemana posting dua kali kuar arr...
sampai gak puncak walau sekali bro..lara tu sekali belum lagi ni..hehe
vaart..asam urat...ada ais melekat itu cerita amat kelako lah..hehe..nak gak menerai asam boleh dpt mc 1-2 hari..
Bok D
bila nak update ni
aku tak abis bace tapi gelak dulu hahahahhahaa... cepat update vaart :)
Vaart and/or DL,
mana ker dia kisah water rafting ni bebs huhuuu
allooo penerbit and pengarah,
mana white water rafting neh...kowang nak gaduh pasal payment kowang yer pasal tapi jangan biar kan peminat ternanti nanti!!kehkehkeh..
gambar wajib tau bro..bukan gambo ko tau..hehehe..gambar aweks aweks litar tau yang kuyup dalam keseronokan bergelumang dengan air putih/white water....kehkehkeh
** ikon buat muka tak sabar nak tengok vaart sanding neh**
Post a Comment