Saturday, October 11, 2008

Beruang Bernama "Rooney"

dulu saya kerja sebagai tukang buat burger masa di restoren fastfood. dulu saya tidak fotogenic sangat.

orang yang tidak fotogenic sangat memang kena duduk dekat kitchen. agaknya manager malu nak letak kita dekat kaunter. tapi saya still dapat juga awek cun yang jaga kaunter. mungkin pasal saya kelakar.

satu hari ada budak-budak datang buat function hari jadi. kalau di ikutkan bukan budak-budak sangat pun. mungkin dalam tingkatan 5. alah budak-budak lah tu kan?

pasal saya masa tu dah berumur 18 tahun, maka saya tengok semua budak-budak sekolah ni macam budak-budak kecik jer. eleh! amek spm pun belum lagi.

masa function tu dorang buat permintaan ada beruang besar tu untuk menghiburkan tetamu. kerja beruang tu senang saja. kau pakai pakaian beruang dan kemudian menari ikut musik sampai kau pengsan keletihan. bangkai! punyalah bosan. bukan dapat duit pun.

apa yang kau dapat cuma minum oren jus yang mana ianya adalah barangan terkawal. pasal oren jus kat restoren ni mahal. maka pengurusan restoren ni cuma kasi kau minum air rootbeer sahaja waktu makan tengah hari dan waktu tengah hari masa bulan puasa (psssttt! kawan saya tak puasa masa bulan puasa, nama dia anuar).

mungkin sebab saya saja budak lelaki yang manager tu nampak padahal ada ramai lelaki lain termasuk bangla-bangla, maka saya disuruh untuk jadi beruang itu. saya terpaksa mempersetujuinya kerana saya baru bulan lepas terima anugerah best staff di situ.

bau dalam kepala beruang tu, ya rabbi! bau tungkik! sebab peluh yang terkepung dalam kepala tu tak boleh nak keluar sangat. bau peluh budak india yang jadi beruang sebelum saya hari tu masih lagi terperangkap dalam kepala tu.

bila musik dimainkan, saya pun menggoyang-goyangkan pinggul saya (baca: pinggul beruang). seksi jugak. budak-budak kecik dah macam histeria dah bila tengok beruang pandai menari. saya dalam pada masa tu ada juga ambil-ambil kesempatan peluk-peluk kakak-kakak mereka.

pada akhir persembahan, sebelum saya pengsan dek kepanasan, saya cuba mengambil kesempatan mencium pipi kakak-kakak mereka sambil kakak-kakak mereka mengekek ketawa.

maklumlah beruang comel cium kan?

2 comments:

Anonymous said...

kekekekekeke

bijak...bijak...

amik kesempatan ekk

vaart said...

peluang bukan datang selalu. sekali datng kita hayunnnnnnnnn.