entah apa kenanya satu hari tu, blackout telah merencatkan rencana budak rumah aku. main game. ingatkan tnb dah potong line pasal budak-budak ni dah berapa bulan tak pergi bayar bil elektrik rumah. hampeh.
dulu amerika syarikat penah jugak blackout satu malam satu negara (malaysia juga pernah dua kali blackout satu negara). lepas 9 bulan kadar kelahiran negara tersebut adalah lebih tinggi melebihi dari kadar kelahiran bulan-bulan yang biasa.
yela, takkan dan-dan itu jugak budak-budak itu lahirkan? mesti ada aktiviti-aktiviti yang mengakibatkan kelahiran yang tinggi itu terjadi.
maka, daripada memikirkan apa aktiviti yang dorang lakukan, ada baiknya aku tidur. maka aku pun tidur.
sekian.
No comments:
Post a Comment