Tuesday, September 11, 2007

Ramadan Itu

masa itu bulan ramadan…aku dalam tingkatan satu…duduk asrama…dan secara tradisinya memang budak-budak tingkatan bawah ni memang gelojoh bila tiba bab-bab makan…

aku rasa masa tu waktu bukak puasa jam 7.20 atau lebih atau kurang…jam 7 petang baru dewan makan bukak…makanya aku dan kawan-kawan sepergelojohan telah pun beratur didepan pintu depan dewan makan pada jam 6.40 petang…takut makanan kat dalam dewan tu habis kot?...padahal setiap makanan dah sedia dihidangkan diatas meja oleh makcik dan pakcik dining hall yang baik itu…

dah puas berhimpit-himpit didepan pintu, jam tujuh pun tiba…sebaik pintu dibuka, berseleraklah kami dengan pantas, gelojoh, berlari menuju ke meja makan yang sememangnya kosong itu…

kata seniorku “macam babi kejar taik”…kejam!!…tapi kami pedulik hapa!

aku dan kawan-kawan dengan gelojohnya, ceduk nasik, bubuh dalam tray, ceduk gulai, bubuh dalam tray, ceduk sayur, bubuh dalam tray, kaut buah, bubuh dalam tray, kaut kurma, bubuh dalam tray, tuang air dalam cawan, aku terus minum…

“woi *hensem* kau tak puasa ke?” jerit kawan aku..-*bukan nama gelaran aku masa di sekolah.

dengan memegang cawan yang masih lagi kat mulut, aku pandang dia…arramak! air dah masuk dalam perut…gelojoh sangat sampai lupa…

ustazah kata kalau tak sengaja takpe…


maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “selamat menyambut Ramadan pada tahun ini dan semuga kita dirahmati dan segala amalan kita diterima olehNya”

kepada makcik kedai makan dekat-dekat sini tu...aku ingin mengatakan “saya insya-Allah akan berpuasa lagi tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas dan insya-Allah tahun-tahun yang mendatang selagi diizinkan Allah…maka oleh yang demikian offer makcik yang mengatakan kalau nak makan tengah hari waktu puasa nanti datanglah dekat belakang dapur…mak cik ada masak jugak, tidaklah dapat saya penuhi…"

10 comments:

Anonymous said...

Yellooww

Selamat berpuasa dari I jugak.
Nak mintak maaf kalau terlebih cakap terguris perasaan ko yg kadang2 tuh sensitip kan.
Terserlah sifat ko yg baik hati dlm entry ko nih.walaupun ko gelojoh kan.hehe


p/s ni entry category aper?

Aku said...

Beb,

Selamat berpuasa juga dari ku untukmu. hehehhehe

Anonymous said...

assalamualaikum

selamat berpuasa

kalo abg vaart posa, adik bagi duit
1 hari = 1 hinggit
kalo 30 hari, haaaa.....
pastu duit tu abg vaart beli adik baju kurung sepasang, ok

Anonymous said...

Bro,
selamat posa. selamat berjihad vs hawa nafsu.

ekekeke.


*yang tetap tak hensem*

Anonymous said...

bro,
syahdu kisah ko bro..

minah baju kurung kasut sport duduk meja mana masa tuh???

wa pun mintak maap bro..ko memang tak hensem di mata wa, tapi dlm hati kusemat namamu

Anonymous said...

p/s - hari nie last sompek lagi poie blog yasmeen..jgn esok pulak ko baru nak poie..kehkehkehkeh

vaart said...

nhk,
den memang baik hati...wargh! wargh! wargh!..den pun mengiyokan perkataan mu itu...hahahaha

nim,
begitu juga aku...walaupun begitu kau jgn merasa lega....kerna aku akan tetap menuntut diskaun bagai yg engkau janjikan itu...termasuk jugak maruku cap ayam tersebut!

anak fudhla #1
itu namanya bukan bagi kat abang adik oiiiii...itu masudnya adik bagi abg pegang itu duit lepas itu suruh abang beli rokok dunhill 14...takperrr...kalau puasa tahun ni adik berjaya puasa penuh 30 hari abg kasi satu hari 20 hinggit yang abg mintak dari untie lara..dia ada kredit card baru tau....

anon,
den samo yo..samo2 lah berjihad! den ingat nak berenti rokok...huhuhu...diulang...ingat...bukan mahu berenti lagi

mrLL,
cilakak! MrLL (nasib baik lom puasa lagi)...kau kata aku tak hensom? hahahaha...hampeh lu...
ingatlah keluhuran budi itu lebih penting dari gambaran luaran kita...nama kau dah lamo den pahat kek limpa den dengan gam uhu...
yasmeen? jap lagi den check! ado update tak? (nasib baik lom poser lagi kan?)

vaart said...

p/s - mrLL, sekolah aku jantan semuo...mana der awek kasut sport!

Anonymous said...

Selamat hari Raya!

vaart said...

lara,

orang tak puasa tak buleh raya tau!