“hari-hari ikan jaket! ingat aku kucing ke?” kawan sehatku komplen…memang patut kena komplen pun…kurang kreativiti agaknya pengendali dewan makan ni nak buat lauk apa waktu sahur…nak kata letih berkerja waktu siang aku rasa tak pulak…asap berkepol-kepol keluar dari lubang hidung pekerja dia yang macam cerobong kilang tu…
aku (undi sebulat suara sebagai chef de mission), bersama-sama macai-macainya yang setia iaitu kawan sehatku, anak ketua guard dan beberapa kawan rapat yang lain, kami memasak dan memasarkan telur dadar bagi semua kediaman pelajar lelaki dan beberapa kediaman pelajar perempuan…disamping itu kami juga ada menyediakan perkhidmatan menggoreng sardine (hanya untuk perempuan dan yang terpilih sahaja)…setiap order telur dadar tersebut kami pastikan “penghantaran terus ke depan pintu bilik anda!” kecuali kediaman perempuan…itu lah motto kami yang mana ianya dilakukan oleh kawan sehatku dan beberapa assistantnya…
modal yang diperlukan hanyalah butiran telur ayam, lada akar (sebab lagi besar saiznya dari cili api dan murah pulak tu), 3-4 bilah pisau lipat dan minyak masak…bahan pembakaran? huh! pokok getah punyalah banyak di sebelah kediaman kami itu…3 kuali dan sudip-sudip telah disponsor oleh emak kepada anak ketua guard…peranan anak ketua guard amat penting bagi memastikan immunity yang bakal kami terima jika terkantoi dengan guard-guard yang lain…tempat memotong lada? kami kopakkan loker yang tak digunakan lagi…
biasanya 10 papan telur yang mengandungi 30 biji telur ayam setiap satu tu habis diorder sebelum waktu kuliah tamat pukul 4 petang manakala baki 4 papan telur lagi itu akan habis diorder menjelang waktu berbuka…kami hanya menghadkan hanya 14 papan telur akan di masak pada satu-satu malam…yelaaaa…takkan kau sanggup nak goreng telur sampai jam 3 pagikan kerana hanya mengejar kemewahan kan?(cheewahhhh)…itu pun lepas dah diambil kira pontengan demi pontengan solat terawih oleh kawan-kawan untuk memastikan kesemua stok lada pada hari itu telah habis dipotong…ramai yang telah mengorder telur dadar kami one day in advance agar memastikan mereka mendapat bekalan telur dadar yang menjadi kegilaan kampus waktu itu keesokkan malamnya…
kadar kepedasan sesuatu telur dadar tersebut adalah mengikut piawian pelanggan…mahu pedas? takda hal…kita letak segenggam lada, kadang-kadang kami akan curahkan air rendaman lada ke dalam bancuhan telur untuk kepedasan melampau … kurang pedas? scramble egg? biasa di atur…asalkan cash on delivery…seringgit setiap satu…”kalau sedap bagitau kawan kalau tak sedap nasib kau lah”….
setelah bertungkus-lumus selama 17 malam di dalam arena penggorengan telur dadar ini, maka dihujung aktiviti ini, maka setelah ditolak dengan kos-kos yang berkaitan dan juga hasil jualan rokok yang menjadi core business kami, maka setiap orang seramai 7 orang didalam kumpulan ini mendapat tidak kurang dari tujuh ratus ringgit seorang…okla bagi membeli baju untuk hari raya pada tahun itu…
6 comments:
biar betul vaart! business telur goreng selama 17 hari leh dapat .. jab 17 x 700 = sebelas ribu dan sembilan ratus ringgit?
auta tauuuu!
'-lara-
WAaaaa...so kreatif la vaart. Telor dadar satu. (walaupun aku tahu kau auta bab untung tu)
lara n anim,
betoi ah...
the scenario:
1 tray - 30 nos of eggs
every night can cook up to 14 tray
i.e : 14 x 30 = 420 x RM 1
: RM 420 per day.
therefor : RM420 x 17 days
= RM 7140
minus 35% cost
therefor : RM 7140 - 35%
= RM 4641
RM 4641 / 7 shareholders
= RM 663 per person
tak campur untung rokok dan tak tolak intial cost.
tu sebab orang kata meniaga makan untung 100%. dan tu sebab masa ramadan, semua orang nak meniaga makanan walaupun sebelum ramadan ni dia adalah seorang tukang jahit dan tukang semen..
atau nak gambaran lebih real punya...kita kira daily..
the scenario
1 tray - 30 nos of eggs
every night can cook up to 14 tray
i.e : 14 x 30 = 420 x RM 1
: RM 420 per day (gross sales)
minus 35% cost@ RM 147 per day.
Nett profit : RM 420 - RM 147
= RM 273 per day
Nett profit per person:
RM 273 per day / 7 people = RM 39.
therefor for 17 days working:
RM 39 x 17 = RM 663.
Weh...ajaib dak? sama figure mcm kat atas tadi..hehehehehe
eh aku silap kira. aku terkira pendapatan untuk setiap hari x 17 hari la pulak.
tapi biar betul satu hari ko leh habis 14 tray?
-lara-
kalau kau tengok ikan yang dihidangkan kau akan paham...huhu
Post a Comment