Friday, August 24, 2007

Harapan Seorang Budak

dulu aku ketua darjah...penolong aku budak perempuan...aku sangat tegas waktu itu...cikgu pengawas yang kebetulan menjadi guru kelas aku...amat suka pada aku...

waktu rehat masa darjah 4...

"saya suka dengan awak...awak mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi...tahun depan saya nak lantik kamu jadi pengawas"

tak sampai dua hari berita perlantikan itu menjadi buah mulut kawan-kawan...mereka bangga berkawan dengan aku yang akan menjadi pengawas tahun depan...penolong aku gembira, begitu juga dengan bibah...

awal tahun darjah 5, aku dapat tahu guru kelas aku berpindah ke sekolah lain akhir tahun lepas...nama budak-budak yang akan jadi pengawas di umumkan...nama aku tiada dalam senarai...semua rakan-rakan terkejut...aku betul-betul kecewa...

sampai hati cikgu mempermainkan perasaan budak yang telah diberikan harapan...sejak itu aku anti dengan budak yang berjawatan pengawas...itu termasuklah adik aku..

aku hanya seorang budak lelaki yang mahu menjadi pengawas...tak bolehkah?

9 comments:

Anonymous said...

cikgu ko tu mesti seorang ahli politik kan vaart kan?

-lara-

Anonymous said...

sob sob sobb

ni nangis bawak dari 2 entry yg lepas.haha

Anonymous said...

kijam nya itu cikgu. siapakah yg dengki kat ko tuh ya.

Anonymous said...

naper tak suwoh omak ekau campurtangan?...kaki pun boleh...hehehe.

kek sekolah akak...omak eh siap dtg sekolah jumpo cikgu displin...merayu kek cikgu tu..mintak cikgu tu jadi an anak eh pengawas...tapi pangai cam mawas...kehkehkeh..

sayang bebona kek anak eh...

alahai anak omak!!!

vaart said...

lara,
tidak...cikgu tu bukan seorang ahli politik..tapi dia seorang cikgu yang cun meletops!

nhk,
hahaha...mungkin ada cikgu yang nak suka kat den dulu...tapi cikgu cun den ni dapat tackle wa dulu sebagai anak murid kesayangan...jadi sebagai membalas dendam..dia tidak melantik den sebagai pengawas untuk tahun tersebut...hahahahahaha

aya,
keh keh keh...kita tidak mahu menjadi seperti hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong...
omak den bagitau..."tak mati pun tak jadi pengawas..." hehehehe...

Anonymous said...

akak suko la kek omak ekau...kim salam kek dio yo!!hehehehe

idup omak vaart!!!!..yehaaaaa!!

Aku said...

erkkk...patutkah aku bersimpati atau gelak guling2?

Anonymous said...

vaart,

bibah bagi tau ko hisap rokok kat dalam tandas cikgu ko...

Bok D

Anonymous said...

Salam Merdeka buat budak bola2 hensem, dgn ucapan tak banjer aweks ker merdeka nih.ehehehe

bubye