Tuesday, July 24, 2007

Catatan Perjalanan Dua Budak Hensem

mamat hensem no.2 dari negara yang kaya dengan hasil minyak nak turun kuala lumpur katanya…tahun melawat Malaysia 2007…maka bersokseklah minah-minah yang berkenaan mana nak di bawa mamat hensem no. 2 ini berjalan…

mamat hensem no.2 ni pun satu…turun selalunya tengah-tengah bulan…kunjungan pertamanya juga begitu…hahahaha!...maka beraturlah kami menyambut mamat hensem no.2 ini di LCCT, disamping segak berkain songket, memegang bunga manggar, bunga rampai serta kompang menanti dia di pintu keluar…

memang dah menjadi adat, lepas itu mesti kena pergi mengisi tembolok... tatkala minah-minah tersebut sedang bertekak di kaunter, masak apa yang sedap untuk ikan siakap…mamat hensem no. 2 itu aku janjikan sorga donea, cewek-cewek yang comel yaamat, jika dia mengikut aku ke utara… hahaha…

kerana terlalu pervert agaknya…mamat hensem no. 2 tersebut terusan saja bersetuju…maka setelah tersandar kekenyangan…operasi mencari hotel pun bermula…minah-minah tadi dipaksa mengucapkan selamat tinggal kerana jika tidak mereka pastinya mahu melepak membuang masa sambil meminum kopi pula…hahaha…

hotel di semenyih menjadi hala tuju aku dan mamat hensem no. 2, pada mulanya aku kira keadaannya mungkin agak ok…namun bila masuk saja untuk melihat-lihat keadaan di dalam bilik, nyaris-nyaris aku ingat kami berada di dalam rumah urut…

“bos, ini bilik macam tempat untuk projek saja”

aku sendiri tak sanggup nak tido kat situ…jadi untuk menjaga nama baik aku sendiri, aku berkata dengan sopannya

“kita cari tempat lain ek?” dan aku rasa dalam hati mamat hensem no. 2 tu mesti berdoa

“janganlah dia suruh aku tido kat sini malam ni…amin”

maka malam pertama itu berakhir apabila pencarian hotel berakhir di kajang…tido puas-puas sebab esok 4 jam yang membosankan akan berlangsung…

awek penang!!!! here we come!

21 comments:

Anonymous said...

sudahlaaaaa....punyalah lama nak update! kau ingat kau punya entry sedap sangat ker? blahhhhh aaaaaa!!!!!


*sendiri punya blog, sendiri kutuk*

Anonymous said...

entry abang kali ini sungguh mengujakan saya...

*nonizrawati bte idris*

Anonymous said...

dua buda hensem??

hensem cam sapa tu?

cam Anik Kapoor?

cam Shah Ruk Khan?

cam Sunjay Dutt?

kalau cam diaorang .. sah la tak hemsem.


*kita pun tak kurang hemsemnyer*

Anonymous said...

I'm waiting....!!! hensem ker? tapi tak macho kan...

hehehehe..

Anonymous said...

dey labu ... cipat aaa kasi ciliter ...
wa tala tahan tunggu ooo....



*aku ler*

Anonymous said...

alaa busannyaa.. cam ni jer ke trip?

vaart said...

yee arrr....keh keh keh...kadang2 kita tak dapat memuaskan hati semua pihak...

Anonymous said...

entry tak bergambar ke bro? cuba la letak gambar barang 17 ke 20 keping ke. bagi bukti bahawa 2 org budak tu mmg benar benar hensem.

Anonymous said...

bro..saspen bro..

err..kat semenyih tu ada hotel ke?

huhu..saspen..dan mendebarkan!

Anonymous said...

kena ada hotel ke loba2???

err vaart..wat apa kat hotel tuh??

-liana-

ILHAM said...

vaart!!

timekacih kerana mengkategori aku sebagai hensem....

Anonymous said...

ish..ish...ish...

hensem2 dok hotel cokia kat semenyih????



fudhla

Anonymous said...

Anonymous said...

ish..ish...ish...

hensem2 dok hotel cokia kat semenyih????



fudhla




itu agaknya yg masuk dalam golongan .. hensem tapi tak ada duit. hehehe


-cuba la toko sapo den-

Anonymous said...

hehehe...

tapi kan, i think lahhh...

mamat no 1 tu kata dalam hati dia
"harap2 mamat no 2 nak turu sini..boleh gak urut 24 jam...and etc..."


mamat no 2 lak dalam hati dia kata

" hmmmmm..bestlak..hehehe, nak urut nanti, lepas mamat no 1 balik..."


*kita lah....

Anonymous said...

abang no. 1 ni macam Acis lah bang. abang no 2 ni macam Mawi lah bang.haha.



Siti Zulaikha
Aweks Penang.

Anonymous said...

aku ingatkan mamat hensem no 1 tu letak mamat hensem no 2 tu di hotel Allson Klana...rupanya idak yer...


***awek yang pegang bunga manggar no. 1***

Anonymous said...

awek pegang bunga manggar tanya kat mamat hensem no 1 mana jeruk mangga daaa?

***awek yang tabur bunga rampai***

Anonymous said...

wah!...betul ke abang ni hensem?
cerita abang nie best lah!
teruja saya mendengarnya!


*Nur Erika Kartinikova bte Seman*

Anonymous said...

hahahahha.....

Anonymous said...

ish..ish...ish...

hensem2 dok hotel cokia kat semenyih????



fudhla




itu agaknya yg masuk dalam golongan .. hensem tapi tak ada duit. hehehe


-cuba la toko sapo den-

-----------------

tapikan MamaK hotel tu tak hensem, tapi dia ada hotel.... nak tak????

hahahha.....

"budak yg gila menapak"

Anonymous said...

abang nih dah lah hensem, baik hati pulak tu.





aweks kaunter

vaart said...

wallawey korang hampeh...lain kali letaklah nama betul siap dengan i/c baru buleh aku tau sapo yang komen...keh keh keh...