Thursday, March 15, 2007

Aku Kanak-Kanak Riang

masa aku kecik-kecik dulu mak aku memang garang, memang semua mak dalam dunia ni garang ke masa kita kecik-kecik?

aku kecik-kecik dulu seperti juga kanak-kanak riang yang lain yang suka mendengar cakap-cakap orang-orang tua…maksud aku mendengar apa yang diorang borakkan…

kadang-kadang tu bila mak aku dah muak sangat tengok aku duduk melangak tepi dorang, mak aku akan berkata

“ha’ah kitorang tengah membincangkan pasal pernikahan kau lah ni” aku akan tersipu malu dan terus berlalu masuk dalam rumah.

pagi tu mak aku ada mesuarat ahli tingkap dengan jiran sebelah…aku tiba-tiba datang kat dorang lepak-lepak sambil pasang telinga…tiba-tiba aku tanya

“mak, mak…bila rancangan solid gold*?”

mak aku terus selinsing lengan dan terus dicapainya getah paip, ligan aku masuk dalam rumah…

“kalau kau tanya mak nak baca buku apa hari ni sedaplah sikit mak dengar! ni tanya pasal rancangan yang pakai spenda!”

aku lari putih tapak kaki…


nota kaki:

solid gold - rancangan tahun 80an yang orangnya memakai spender semasa membuat show. *correct me if i'm wrong.

2 comments:

Anonymous said...

aduhh..!!!!

kalau wa pun, wa ligan ko kelling rumah bro!!!
kahkahkah!

wa tak pernah dgr pulak solid gold!
embun pernah kot..zaman dia kan??

Anonymous said...

aku penah dengar woi! program solid gold tu sezaman dgr mekar sejambak kan!

ayah aku siap tape lagi solid gold & mekar sejambak tu buat koleksi jadi kdg2 aku curik2 tgk solid gold tuh time ayah aku tak umah hehehe