Friday, January 26, 2007

Malaysia vs Singapura

aku

pergi tengok bolasepak antara Malaysia dengan Singapura hari tu…menyusuri dengan lancarnya merentasi pekan semenyih jam 7 malam dan kemudian mencilok keluar kearah silk highway…selepas membayar rm1.60 *setiap kali lalu aku akan mencarut* mencanak-canak naik kau harga tol…menyampah aku.

kawan aku telefon…katanya dia dah beli tiket dah…untuk aku dia tak beli sebab masa dia call aku tak angkat tepon…

*aku mencarut-carut lagi*

aku ikut besraya highway…mencilok kemudiannya kearah kiri (ontah apo nama highway tu ontah), kemudian aku membuat u-turn menghala kearah kesas menuju ke shah alam…dekat simpang bukit jalil…dah jam 7.25 malam…aku menyusuri stadium bukit jalil…aku tepon kawan aku…

“weh! engkau parking kat mana wei?”

“kat area kedai-kedai…malas aku nak parking dalam”

“kedai kat mana? Kat area apartment tu ker? ada kedai ke kat situ?”

“apartment mana pulak ni? kau kat mana ni?”

“kat bukit jalil arrrr…mana lagi”

“bongok kau! main kat shah alam laaaaaa…”

*aku mencarut-carut lagik*

akhirnya aku sampai kat stadium shah alam jam 9 malam, game pun dah nak masuk second half selepas aku menunjukkan penumbuk dan menjerit-jerit kat kereta sebelah yang sedang cuba memotong barisan aku masa nak membayar tol kat tol jelutong, dahlaaa jammed, berpada-pada lah sikit enchik!...aku mencilok-cilok ikut lane kiri sekali (hahahaha!) sepanjang jalan bukit jelutong menghala ke shah alam yang jalannya lagi perlahan dari kura-kura…lompat divider sebab nak dapat parking senang sikit masa nak keluar nanti…dan last sekali aku duduk sebelah mamat tu, yang tengok bola macam tengok rancangan memasak bersama jaafar onn.

kesimpulan yang aku dapat buat ialah…


baik aku tengok bola kat rumah, pakai seluar pendek dan berlenggeng sambil makan nasik depan tv berlaukkan ikan sardine dengan telur dadar!

12 comments:

Anonymous said...

hak hak hak. itulah pasal, ko tak ajak aweks gojes yg 2 orang tuh. kalau tak, mesti ko melompat2 kegembiraan. hak hak. ker ko akan sorok muka dlm baju sepangjang game. hiks.

terel ko ciluk beb. divider pong ko tibai ek. hiks

Anonymous said...

sepanjang tengok game tu .. ada awek gojez sms ko tak? eh .. ada awek gojez ngurat ko tak?

*hmmmm aku ni*

Anonymous said...

ekau berjaya ngurat tak mamat dok sbolah ekau kat stadium tu? dapek tak no tepon dio?

- den org perak (sungguh ironi org perak cakap nogoghi)

Anonymous said...

vaart,
yeyeyee... i tengok m'sia vs s'pore game ni tau!! **tahniah teesh** kehkehkeh...

but i did exactly apa yang u terkilan nak buat... tengok kat rumah, pakai.. errr... never mind!! sambil makan nasik berlaukkan ikan sardin and telur dadar dgn kicap... fuhhh... best ooo...

Anonymous said...

hmm kalau ada awek gojez sms ko ganggu konsentrasi ko tengok game tu .. ko carut dia tak vaart?

*hmmmm aku ni*

Anonymous said...

laling,

line takdo kek situ..pueh den nak balas sms tapi fail...ghamai bonar kot org hantar sms...lagi satu mamat sobolah tu tak laaa jambu sgt, so maleh laa den...den punyo motto adalah, biar org ngorat kito dulu jgn kito mengurat org org dulu.

teesh,
ramai laks org ari tuh...selalunya tak ramai...den parking pun dokek2 giant...kalau nak carik parking betul2 depan pintustadium, den ingat orang dah habih game baru den sampai kot?

nhk,
mulo2 den ingat awek gojezz 2 worang tu suko tengok criket..rupa2nya minat bola jugak ek? keh keh keh

*tuan punyo blog yang sombong and eksen*

B.U.S.U.K said...

wahahahaha......wa gak best...lepak kedai mamak yg ada anak ikan jambu....sambil makan maggi sup telur...air nescafe panas...

perghhh menyelerakan....

* betapa azabnya perjalanan ko vaart..tapi tahniah...masih lagi ko sabar ek...walau silap stadium..keh keh keh*

Anonymous said...

liana,

at least aku takder member tolong gelakkan aku dalam kereta pasal salah stadium nak pegi tengok konsert ke apa? gahahahaha kan ilham? eh! bukan ilham kot? eh! kah kah kah!

*jgn kau rayu nak tanyo sapo den*

Anonymous said...

liana,

selain anak ikan jantan kau ader bela anak ikan betina tak? ehem..passing laaa kat aku sekor

*biarlah rahsia siapa neh*

B.U.S.U.K said...

err err...en biarlah rahsia...anak ikan jantan tu wa tgk2 jer ekekeek...tak bela dah miahahaha

anak ikan betina...errr...susah la...depa ni lari2 so wa malas la dekat2 huhu..kalau ada wa tangkap kasi kat en biarlah rahsia ek...

apa2 pon..rahsia...shhh....

ILHAM said...

vaart

kehkehkeh!! dulu golak kan aku tak hengat donea ekkk!!!...ambik ko!!!

* ikon golak guling guling sambil pegang bendera malaysia *

Anonymous said...

Aku dpt sms dr sorang ni vaart .. malam semalam .. ke malam kelmarin. bunyik dia

"awak tak pegi tengok bola kat Shah Alam?"

kesian mamat tu ... terlewat seminggu. masa tu depa tgh main kat singapore.

*tak yah la teka aku ni sapa. ko tau kan sapa aku ni khaaannnn*